KAHERAH, 9 FEB 2013- Hal Ehwal Wanita Islam
(HEWI) BKPJM telah mengadakan Program Sejenak Bersama Pimpinan, Boleh! (SEBERAPA,
BOLEH!). Program ini telah diadakan di Hadiqah Al- Azhar yang telah melibatkan barisan pimpinan akhawat bagi
taakhi zon C iaitu Badan Kebajikan Pelajar Johor, Keluarga Pelajar Perlis Mesir
(KPP), Keluarga Pelajar- Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM), Dewan Perwakilan
Mahasiswa Zagazig dan mandubah-mandubah Johor.
Antara objektif program ini diadakan adalah untuk membuka ruang kepada
pimpinan BKAN taakhi zon C untuk merehatkan minda selepas fatrah imtihan fasa
awal. Selain itu, merealisasikan usul HEWI PMRAM iaitu 'Memperanankan Mahasiswi
Berkredibiliti'. Tambahan pula, merapatkan ukhwah sesama pimpinan taakhi zon C
seterusnya merealisasikan usul 'KITA PMRAM'.
Program ini bermula
pada pukul 10.30 pagi dengan bacaan al-quran, ucapan Ustazah Aisyah binti Sakiron selaku pengarah program dan ucapan wakil setiap Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dan
Dewan Perwakilah Muhafazah (DPM) taakhi zon C. Program diteruskan dengan acara
sukaneka dan amanat dari HEWI PMRAM selaku HEWI angkat bagi BKAN Johor iaitu
Ustazah Hashima binti Majid dan Ustazah Siti Nurbalqis binti Burhanuddin.“As-Syahid Imam Hasan al-Bana ada menyebutkan mengenai kepentingan ukhuwah walaupun ia diletakkan pada rukun baiah yang kesembilan. Semoga ukhuwag kita ini bukan sahaja diribat dan diikat di dalam program sahaja, malah ia berterusan dan lebih intim di luar program,” kata Ustazah Hashima binti Majid.
Seterusnya solat
zohor berjemaah dan makan tengah hari. Slot terakhir ialah perkongsian masalah
setiap BKAN dan DPM. Program diakhiri dengan doa rabitah dan seterusnya sedikit kalam dari pengarah
program sekaligus menutup Program SEBERAPA, BOLEH! dengan bacaan tasbih kafarah
dan bacaan surah al- Asr.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya
dilaksanakan dengan jayanya bersama komitmen yang sangat baik dari barisan
pimpinan BKAN dan DPM taakhi zon C dan
mandubah Johor terutama pelaksana yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan
program ini. HEWI BKPJM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang
terlibat secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan program ini. Semoga
usaha ini dipandang oleh Allah s.w.t dan
ukhwah ini diribat dengan ikatan mahabbah kerana Allah dan tetap terpahat dalam
memori setiap pimpinan bertepatan dengan tema HEWI BKPJM, "Menyemat Izzah Meribat Ukhuwah".


Tiada ulasan:
Catat Ulasan