DAMIETTA, 6 FEB - Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor Di
Mesir (BKPJM) dibawah anjuran Unit Sambutan dan Rehlah telah mengadakan program
rehlah ke muhafazah Dumyat, sinonim dengan nama program tersebut “Explore ke
Bumi Dumyat”. Rehlah ke Dumyat diadakan bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah
antara ahli BKPJM, mengamati keindahan alam ciptaan Allah S.W.T di muka bumi ini, seterusnya
menjayakan resolusi Konvensyen DPM PMRAM ke-4 iaitu “Menghidupkan Suasana di DPM” serta menjayakan kempen "Jom Jelajah DPM".
Seramai 32 peserta ikhwah telah menyertai rehlah tersebut dengan menaiki bas
mini yang disewa khas. Perjalanan dari Kaherah
ke Dumyat mengambil masa selama lapan jam kerana atas berapa masalah tertentu
yang tidak dapat dielakkan. Bumi Dumyat sangat terkenal sebagai bumi yang kaya dengan
kerang gergasi atau dikenali ‘kerang berdarah’ pada musim sejuk dan ia disifatkan
sebagai bumi kais orang Melayu. Aktiviti mengutip kerang bermula setibanya para peserta ke pantai dan berakhir
dengan hasil kutipan kerang yang sungguh menakjubkan.
Seterusnya, peserta “Explore ke Bumi Dumyat” berkunjung ke
markaz DPM Dumyat yang terletak berdekatan dengan pantai. Majlis ramah mesra
telah diadakan bersama kepimpinan DPM Dumyat. Majlis tersebut dipengerusikan
oleh Ustaz Helmi bin Nor Isham, diikut ucapan pengerusi DPM Dumyat Ustaz Jauhar
bin Zainal Abidin, pengarah program Ustaz Ainuddin Bin Abu Jamil dan Yang Di
Pertua BKPJM Ustaz Muhammad Syakirin Bin Mohd Khalid. Majlis diakhiri dengan
penyampaian cenderahati tanda ingatan BKPJM kepada para kepimpinan DPM Dumyat.
Pada sebelah malamnya, para peserta dibawa bersiar-siar di
Bandar Dumyat serta mengambil peluang untuk mendirikan solat jamak
ta’khir dan makan malam sementara rombongan berhenti rehat. Yang DiPertua
BKPJM, Ustaz Muhammad Syakirin bin Mohd Khalid menyifatkan rehlah tersebut
sebagai rehlah tarbawi melalui kalamnya, rombongan tiba di kaherah pada jam
3.00 pagi.
“BKPJM KELUARGA KITA”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan