RABA’AH
EL-ADAWIYAH, 5 Mac 2013 – Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir di
bawah Lajnah Penerangan dan Penerbitan (LPP) BKPJM telah mengadakan EXPERTS’13
pada 4 dan 5 Mac 2013. Bengkel Adobe Photoshop dan Video ini mendapat
sambutan yang menggalakkan dari pelajar-pelajar Johor baik dikalangan ikhwah
mahupun akhawat yang dilaksanakan di Dewan Kutub Sittah Asrama Pelajar Johor
Rabaah. Program EXPERTS’13 ini juga turut mendapat tarikan dan penyertaan dari
negeri lain.
EXPERTS’13
dimulakan dengan Bengkel Adobe Photoshop pada hari pertama yang dikendalikan
oleh saudara Muhammad Amin Bin Sailan pada 4 Mac. Hari berikutnya pula
diteruskan dengan Bengkel Video dan dikendalikan oleh tenaga pengajar yang
sama. Kedua-dua hari tersebut berakhir dengan pemberian cenderahati kepada
tenaga pengajar. Cenderahati disampaikan oleh Ketua Lajnah Penerangan &
Penerbitan BKPJM, saudara Muhammad Firdaous Bin Abdullah diiringi Pengarah
EXPERTS’13, saudara Muhd Syaffarin bin Zainal.
Program
ini diadakan adalah bertujuan untuk melahirkan generasi celik IT yang dapat
memberikan sumbangan kepada masyarakat dari segi konteks yang berbeza dan
selaras dalam menjayakan tema EXPERTS’13 ini iaitu “Medium Dakwah Kreatif Masa
Kini”. Maka besarlah harapan dari BKPJM agar semua ahli dapat memanfaat ilmu yang
telah dipelajari dan menjadi generasi pelapis pada masa akan datang.





Tiada ulasan:
Catat Ulasan