KAHERAH, 23 - 28 Mac 2013 - Buat julung kalinya, Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir (BKPJM) telah mengadakan satu program
tahunan yang diberi nama Karnival Selat Tebrau, bersempena dengan nama selat
yang masyhur di Negeri Johor Darul Ta’zim.
Tujuan Karnival Selat Tebrau ini
diadakan bagi menyatu-padukan ukhuwah sesama anak-anak negeri Johor di Mesir
sekaligus bertepatan dengan tema BKPJM iaitu "Kefahaman Melahirkan Gerakan
Memangkin Kesatuan" dan tema HEWI BKPJM iaitu "Menyemat Izzah Meribat Ukhuwah". Karnival ini diwarnai dengan pelbagai acara
bermula dengan bazar, thaqafah dan jaulah dengan tema program yang
dibawa iaitu “Rai Kepelbagaian Jana Kesatuan”.
Bermulanya Karnival
Selat Tebrau ini dengan Bazar Sri Warisan yang berlangsung selama tiga hari
berturut-turut pada 23 hingga 25 Mac. Bazar ini yang diadakan di Kedai Elixir dan dibuka
dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
Penyertaan tender
bazar mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan 10 buah gerai termasuk penyertaan
dari pelajar sains perubatan. Tambahan
pula, kehadiran pelanggan dari semua PMRAM cawangan dan pelbagai negara seperti
Singapura, Thailand, Brunei, Indonesia yang tidak henti selama tiga hari itu
menunjukkan sambutan yang diberikan amat menggalakkan terhadap Bazar Sri Warisan.
Tidak ketinggalan, Bazar juga memberi tarikan kepada rakyat Mesir, yang datang
mengunjungi dan membeli makanan asia di bazar cawangan Johor ini. Majlis Perasmian
Karnival Selat Tebrau BKPJM 12/13 disambut pada 23 Mac di Bazar Sri Warisan
yang dirasmikan oleh Badan Pengurus PMRAM, al-Fadhil Ustaz Ahmad Bin Jaafar.
Seterusnya Karnival
Selat Tebrau ini diteruskan lagi dengan acara Thaqafah di Dewan Kutub Sittah Asrama
Pelajar Johor Rabaah pada keesokan harinya. Pengisian indoor ini dimulakan dengan Slot Perubatan
Islam iaitu “Mengenali Makhluk Halus dan Penyakitnya” yang disampaikan oleh
saudara Ustaz Abdul Hadi bin Jusoh. Slot ini berlangsung pada 26 Mac jam 8
malam hingga 10.30 malam. Slot ini memberi penerangan secara jelas berkaitan
penyakit, tanda dan rawatan yang berkaitan dengan makhluk halus, seperti
santau, saka dan lain-lain.
Keesokan harinya,
pengisian indoor diteruskan dengan Slot Riang Ria Keluarga. Slot ini berjalan
secara santai disamping mengeratkan lagi ukhuwah adik-beradik BKPJM. Slot ini
diadakan di Dewan Kutub Sittah bagi akhawat dan di Syaqah 2 bagi ikhwah. Acara yang disajikan bagi ikhwah ialah Battle Of Karom dan Pro Evolution Soccer (PES’13). Manakala, bagi akhwat pula
terdapat acara yang menarik seperti Kotak Beracun, Lose and Draw, Minda
Pintar dan lain-lain lagi.
Acara indoor dimeriahkan lagi dengan Roadshow Unit Biah Solehah (UBS), HIsbah dan Unit
Bait Muslim (UBM) pada sebelah malam. Slot yang menarik ini
menampilkan barisan panel yang hebat iaitu Al-Fadhil Ustaz Mohd Hakimi Bin
Hussein (Ketua Unit Bait Muslim PMRAM), Al-Fadhil Ustaz Ahmad Baihaki Bin
Rashid (Mantan Badan Pengurus PMRAM), dan Al-Fadhil Ustaz Mohd Fahmi Bin Rashid (Ketua
Unit Biah Solehah PMRAM) dan dipengerusikan oleh moderator saudara Mohammad
Alifuddin bin Ramlee.
Pendekatan yang
dibawa dari slot ini menunjukkan kepentingan dalam menjaga syakhsiah diri bagi
menjamin suasana Islam yang sejahtera. Slot ini lebih menerangkan kepada
pendengar berkaitan kepentingan Biah Solehah dan kaitannya dengan Hisbah dan
Bait Muslim. Slot ini mendapat tarikan yang mencuit hati para pendengar
sehingga setia hingga akhir program. Turut hadir pada malam ini,
Badan Pengurus angkat Johor, saudara
Muhammad Adil bin Muhammad Fadzil dan HEWI angkat Johor iaitu saudari
Siti Hajar Aisyah binti Sakdon, saudari
Wan Nur Amirah binti Wan Yusoff dan saudari Nazuha binti Mohd Suhimi. Malam ini
berakhir dengan penyampaian cenderahati buat barisan panel dan moderator slot,
seterusnya hadiah bagi pemenang-pemenang Acara Riang Ria Keluarga.
Karnival Selat Tebrau
berakhir dengan jaulah, sekaligus merupakan penutup bagi program karnival ini. Jaulah
ikhwah menuju ke Ein Sukhnah manakala akhawat di Qanatir. Jaulah ini mendapat
sambutan yang sangat menggalakkan dari adik-beradik BKPJM dengan penyertaan
yang ramai.
Ikhwah bertolak dari
Rumah Johor Rabaah dengan 4 buah tramco pada jam 9 pagi dan selamat sampai di
Ein Sukhnah pada jam 11 pagi. Selepas sesi taklimat diberikan, para peserta
dibahagikan kumpulan bagi meneruskan acara tarik tali. Kemudian acara bebas
seperti mandi-manda dan binaan istana pasir. Majlis penutup diserikan dengan
ucapan Pengarah 2, saudara Ainudin bin Abu Jamil, ucapan Pengarah Eksekutif,
saudara Mohd Helmi Nor Hisham dan ucapan Yang DiPertua BKPJM, saudara Muhamad
Syakirin bin Mohd Khalid. Majlis berakhir dengan bacaan wehdah yang diketuai oleh saudara Mohamad Yassaruddin bin Samsul sebagai simbolik
kesatuan yang dibina kerana Allah Taala.
Manakala, akhawat bertolak
ke Qanatir pada jam 9.30 pagi dan selamat sampai pada jam 11 pagi. Seusai tiba,
akhawat menuju ke taman bagi meneruskan acara outdoor yang disediakan oleh pihak pengisian. Selepas
sedikit taklimat diberikan, para peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan. Acara
outdoor dimulakan dengan "Sebutan Vowel", seterusnya acara "Music Round". Selepas
makan tengahari, para peserta melakukan aktiviti bebas seperti berbasikal,
bermotor dan menunggang kuda. Selepas solat Asar, para peserta bergerak menuju
ke laut untuk menaiki bot dan menuju ke Tahrir.
Majlis Penutup bagi
akhawat, dilaksanakan di atas bot. Majlis dimulakan dengan ucapan Ketua HEWI
BKPJM, saudari Amira Afina binti Jamaludin, dan ucapan saudari Nur Atyqah binti
Yusuff sebagai mushrif mutazawwijin yang menemani akhawat sepanjang jaulah.
Majlis penutup diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada pemenang.
Perjalanan bot untuk sampai ke destinasi mengambil masa selama 2 jam lebih dan
selamat sampai di Tahrir pada jam 7.00 malam. Akhawat selamat sampai di Asrama
Pelajar Johor Rabaah pada jam 10 malam sejurus 15 minit ketibaan ikhwah.
Pihak BKPJM mengucapkan jutaan terima kasih kepada adhoc
pelaksana Karnival Selat Tebrau yang bertungkus-lumus bagi menjayakan
karnival ini. Tidak dilupakan kepada ajk dan semua adik-beradik BKPJM yang sudi
dan banyak menghulurkan tangan, memberi bantuan demi memastikan program yang
berkonsepkan ukhuwah ini berjalan dengan lancar sama ada secara langsung
mahupun tidak.
Rai Kepelbagaian Jana Kesatuan
Respecting Diversty Encouraging Unity
تُعاشُ العَديدة تُنْبَتُ الوَحْدَة
"Kefahaman Melahirkan Gerakan Memangkin Kesatuan"
"Menyemat Izzah Meribat Ukhuwah"








best nye rakyat johor mesir....nanti dtg lah jordan....kami rakyat johor jordan amat mengalukan
BalasPadam