KAHERAH,
25 NOVEMBER 2013: Berikutan beberapa aduan yang diterima daripada ahli-ahli yang masih gagal menerima bantuan zakat tajaan
Majlis Agama Islam Negeri Johor(MAIJ), Yang DiPertua Badan Kebajikan Pelajar-pelajar
Johor di Mesir 2012/2013, Saudara Mohamad Syakirin Bin Mohd Khalid telah mengadakan
pertemuan bersama mereka yang berkenaan pada hari khamis yang lalu.
Hasil
perjumpaan tersebut mendapati ada dikalangan mereka yang telah membuat rayuan dan
ditemuduga sebanyak tiga kali. Hasil temuduga yang diterima mendukacitakan dan masih
lagi sama. Tambahan pula, para pemohon ini diminta untuk menghadiri temuduga buat
kali yang keempat.
Di
sampingitu, BKPJM juga mendapat aduan bahawa, syarat atau kriteria yang
ditetapkan sering berubah setiap sesi temuduga yang dijalankan. BKPJM turut merasa
kesal dengan hasil keputusan temuduga yang telah dikeluarkan kerana hanya sebahagian
kecil dari permohonan sahaja yang diluluskan.
Oleh
yang demikian, pihak BKPJM yang komited dan cakna dengan kebajikan ahli akan membawa
hal ini kepada pihak yang bertanggungjawab bagi menyelesaikan permasaalahan
yang berlarutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Hal ini bertepatan dengan
usul BKPJM pada sesi ini iaitu “Bersama berjuang mempertahankan hak anak-anak Johor di Mesir”.
"KEFAHAMAN MELAHIRKAN GERAKAN MEMANGKIN KESATUAN"





Tiada ulasan:
Catat Ulasan