KAHERAH, 17 DIS 2013- Unit Sambutan dan Rehlah BKPJM 12/13 telah mengadakan
program Ziarah Makam para Sahabat dan Aulia di sekitar Kaherah bersempena dengan
imtihan yang bakal menjelang. Program ini telah disertai oleh adik-beradik
BKPJM, ikhwah pada 7 Disember 2013 yang bertolak dari Asrama Pelajar Johor Hayyu
Thamin ,manakala disebelah akhawat telah diadakan pada 14 Disember 2013
yang bertolak dari Asrama Pelajar Johor Rabaah.
Penyertaan bagi ikhwah seramai 42 orang, manakala akhawat pula seramai 39 orang
dan disertai oleh 2 pasangan mutazawijin serta 2 orang musyrif. Antara objektif
program ini dilaksanakan adalah untuk mengambil iktibar dan ibrah dari sejarah
kehidupan para Aulia Allah dan para Salafussoleh dalam konteks sebagai seorang
hamba Allah di muka bumi ini. Selain itu, program ini juga dapat meningkatkan
kesungguhan dan kesedaran mahasiswa dan juga mahasiswi dalam usaha mereka menuntut
ilmu di bumi Mesir, disamping itu, mereka juga mengambil peluang untuk
bertawasul dan berdoa dalam menghadapi imtihan yang bakal tiba. Sekaligus ianya
juga merapatkan ukhuwah sesama adik-beradik BKPJM.
Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi dengan penerangan ringkas dari
Ustaz Ainuddin bin Abu Jamil mengenai pengertian bertawasul, kaedah dan
kelebihannya. Manakala penerangan untuk setiap maqam dan tempat-tempat
bersejarah telah diterangkan oleh Ustaz Syakirin b. Mohd Khalid dan Ustaz Usamah
bin Aris. Antara tempat- tempat yang telah dilawati ialah Maqam Saidatina
Nafisah, Maqam Imam Syafie, Maqam Imam A'toillah Assakandari, Maqam Imam
Sya'rani, Maqam As-syahid Hassan Al-Banna dan lain-lain. Sebanyak 30 maqam
telah berjaya diziarahi oleh peserta ikhwah dan manakala untuk akhawat sebanyak
26 maqam sahaja.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya dengan
komitmen yang sangat baik dari adik-beradik BKPJM. BKPJM mengucapkan jutaan
terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam
menjayakan program ini. Semoga usaha ini dipandang oleh Allah SWT dan ukhuwah
ini diribat dengan ikatan mahabbah kerana Allah. Keberjayaan program ini secara
langsung merealisasikan misi BKPJM dalam menjayakan slogan 'BKPJM KELUAGA
KITA'.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan