Khamis, 20 Mac 2014

DARI BKPJM UNTUK BKPJM (DBUB '14)



       RABAAH EL-ADAWIYAH, 18 MAC 2014 – Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir (BKPJM) telah menganjurkan program Dari BKPJM Untuk BKPJM (DBUB) di Asrama Pelajar Johor Rabaah.Objektif utama program ini bertujuan  memberi peluang kepada adik-beradik BKPJM memberikan pandangan dan idea serta menanamkan sikap tanggungjawab ahli terhadap BKPJM, sekaligus menjiwai BKPJM sebagai persatuan induk bagi anak-anak Johor di Mesir.

       Program ini bermula dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis dan ucapan Pengarah DBUB, Ustaz Usamah Bin Aris  dan disusuli dengan pengenalan Ahli Jawatan Kuasa Tadbir (AJKT) dan Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) BKPJM sesi 2013/2014.Slot seterusnya adalah ucaptama daripada Yang Di Pertua BKPJM, Ustaz Mohd Helmi Bin Norhisham bertemakan “Thaqafah Cemerlang, Kesatuan Gemilang” dan ucaptama daripada Ketua Hewi, Ustazah Nurhaslinda Binti Gazali yang membawa tema Hewi “ Memposisi Mahasiswi Berintegriti, Membentuk Generasi Bersinergi”.

       Selesai ucaptama dari Yang Dipertua dan Ketua Hewi BKPJM 13/14,majlis diserikan lagi dengan slot “Ice Breaking” yang pertama kali dalam ucaptama kepimpinan dan memberi sedikit kelainan pada tahun ini. Slot ini merupakan GKB untuk ahli membincangkan tema pembawaan BKPJM dan HEWI sesi 13/14.Bagi memeriahkan lagi program,slot ini diteruskan dengan nyanyian nasyid dari kumpulan Al-Jauhar dan di akhiri dengan bacaan doa rabitah.

Semoga dengan berlangsungnya program DBUB kali ini,seluruh ahli BKPJM dapat meneruskan survival BKPJM dengan lebih baik dan merealisasikan tema sesi kali ini serta mengharapkan ahli dapat menjiwai dan memupuk rasa cinta akan BKPJM di bawah slogan “BKPJM KELUARGA KITA”.

“Thaqafah Cemerlang, Kesatuan Gemilang”
"Memposisi Mahasiswi Berintegriti, Membentuk Generasi Bersinergi”

 










Tiada ulasan:

Catat Ulasan