RABAAH EL-ADAWEYA, 15 MAC 2014 – Ketua
Unit Sambutan Dan Rehlah Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor Di Mesir 2013/2014 telah menganjurkan program “Jaulah
Ke Kota Fayyoum”. Objektif utama program ini adalah selaras dengan usul Mesyuarat
Agung Tahunan BKPJM kali ke-31 iaitu “Mengukuhkan Thaqafah Ahli”. Sekaligus perjalanan
ini adalah untuk mengeratkan tali ukhuwah diantara ahli-ahli Johor sendiri.
Setelah ahli
berkumpul di perkarangan Asrama Rumah Johor Rabaah, perjalanan dimulakan pada
pukul 7.30 pagi. Destinasi yang pertama dijejaki adalah di Wady Rayyan. Di sini
terdapat tiga air terjun yang mana inilah satu-satunya air terjun semulajadi
yang berada di Mesir. Selain itu para ahli rombongan tidak ketinggalan untuk melawati
padang pasir kota Fayyoum yang mempunyai pasir yang sangat halus.
Perjalanan
diteruskan ke Istana Qorun. Terdapat beberapa peninggalan sejarah yang dapat
dilihat di istana ini. Setelah itu, perjalanan lagi diteruskan ke Bahar Qorun
yang terletak dua kilometer dari Istana Qorun.
Setelah hampir
tiga puluh minit di Bahar Qorun, perjalanan diteruskan ke Ain Sillien yang mana
terkenal dengan tempat melihat air mata air.Di dalamnya juga terdapat kebun
buahan-buahan yang menghasilkan jenis buah-buahan yang terbaik.
Diakhir
destinasi jaulah di Kota Fayyoum ini, para peserta rombongan melawati Kincir
Air Nabi Yusuf yang terletak di Bandar Fayyoum.Setelah menikmati keindahan di
situ, para peserta meneruskan perjalanan pulang ke Kaherah dan selamat tiba pada jam 8.30 malam.
Semoga dengan jaulah yang dianjurkan ini dapat meningkatkan
thaqafah dan pengetahuan tentang peninggalan para nabi juga dapat mengambil
ibrah dan hibrah sepanjang jaulah ini. Bertepatan dengan ayat Allah di dalam
surah AR-Rum:09. “Dan apakah
mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi dan memperhatikan bagaimana
akibat orang-orang sebelum mereka yang telah mendustakan aku”.
“THAQAFAH CEMERLANG, KESATUAN GEMILANG”
"MEMPOSISI MAHASISWI BERINTEGRITI
MEMBENTUK GENERASI BERSINERGI"



Tiada ulasan:
Catat Ulasan