KAHERAH,2 APRIL 2014- Ahli Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan
Pelajar-Pelajar Johor Di Mesir (BKPJM) sesi 2013/2014, telah mengadakan majlis kunjungan
hormat ke pejabat Persekutuan Melayu Republik arab Mesir (PMRAM) yang diketuai
oleh Yang DiPertua BKPJM 13/14, Ustaz Mohd Helmi Bin Nor Isham. Kunjungan
diadakan seusai solat asar. Dalam kunjungan tersebut turut dihadiri oleh
Presiden PMRAM dan beberapa Badan Pengurus PMRAM selaku tuan rumah.
Kunjungan ini
bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pimpinan BKPJM dengan pimpinan
PMRAM. Selain itu, dapat bersuai kenal dengan sesi kepimpinan baru PMRAM.
Disamping itu juga, dapat menjayakan usul yang telah disepakati dalam mesyuarat
agung tahunan BKPJM kali ke 31 iaitu “MEMPERTAHANKAN KEBERSAMAAN BKPJM DENGAN
PMRAM MELALUI TINDAKAN MENDOKONG PMRAM SEBAGAI WADAH KESATUAN MAHASISWA”.
Majlis
dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh pengerusi majlis disusuli dengan ucapan
alu-aluan oleh Yang DiPertua BKPJM
13/14. Majlis diserikan lagi dengan
ucapan daripada Presiden PMRAM 2014 Ustaz HanifulFuad Bin Hussin. Turut
diadakan sesi dialog antara pimpinan PMRAM dan BKPJM.
Ucapan
penghargaan dan terima kasih oleh Yang DiPertua BKPJM mewakili seluruh kepimpinan
BKPJM 13/14 buat PMRAM diatas kesudian menerima kunjungan hormat ini. Dalam
ucapan Presiden PMRAM beliau telah menekan beberapa perkara antaranya
mengharapkan kepimpinan BKAN khususnya
BKPJM agar menjiwai PMRAM dalam setiap tindak tanduk kerja yang dilakukan.
Selain itu, menjadi duta PMRAM diperingkat BKAN.
Sebelum
mengakhiri majlis, bacaan doa rabitah telah diperdengarkan oleh Ustaz Muhammad
Ariff Bin Haron agar majlis ini bertambah berkat sekaligus mengeratkan
silaturrahim sesama pimpinan BKAN dan PMRAM. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan.
"Thaqafah Cemerlang Kesatuan Gemilang"
"Memposisi Mahasiswi berintegriti, Membentuk Generasi bersinergi"


Tiada ulasan:
Catat Ulasan