APJ RABAAH , 25 MAC 2014 – Ketua
Unit Pengetahuan dan Bimbingan Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) dengan kerjasama
Ketua Unit Dakwah dan Tarbiah HEWI dan Ketua Unit Perumahan (LKKS) HEWI Badan
Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir (BKPJM) sesi 2013/14 telah menganjurkan program Senat
Fakulti, Malam Qiamullail, dan Senam J-Robik (SMS).
Objektif utama program ini adalah untuk
meningkatkan pengetahuan ahli sekaligus menjayakan usul Mesyuarat Agung Tahunan
BKPJM kali ke 31 iaitu “Mengukuhkan Thaqafah Ahli “. Tambahan pula secara tidak langsung dapat menghidupkan biah
solehah melalui qiammullail dan penyampaian tazkirah oleh pimpinan hewi .
Bahkan dapat mentautkan ukhwah antara
ahli keluarga HEWI BKPJM .
Program dimulakan dengan
alunan qasidah dan bacaan al quran pada jam 8.30 malam Seramai 3 orang ahli
panel dan seorang moderator dijemput untuk memberi pengisian iaitu Ustazah
Amira Afina binti Jamaluddin selaku wakil dari fakulti Syariah Islamiyyah , Ustazah
Nur Haslinda binti Ghazali selaku wakil
dari fakulti usuluddin, dan Ustazah Siti Nabilah binti Atan selaku wakil dari
fakulti Bahasa Arab . Antara pengisian menarik di dalam majlis adalah
penerangan tentang pengkuliahan dan sesi diskusi ahli mengikut pengkhususan
kuliah masing-masing. Bagi memeriahkan lagi acara pada malam itu, video
berbentuk tazkirah ditayangkan pada akhir slot Senat Fakulti.
Program diteruskan lagi dengan
Qiamullail pada keesokan harinya iaitu pada 26 Mac 2014 bermula pada jam 3.30
pagi dengan solat-solat sunat dan tazkirah pagi yang disampaikan oleh Ustazah
Hanisah binti Abdul Rani.
Program disambung dengan slot
Senam J-Robik dimulakan pada jam 7 pagi. Slot ini dikelola oleh Ustazah
KhairulIzzah yang dijemput khas dari BKAN Selangor. Sambutan yang diterima agak
memberangsangkan,bahkan sekaligus memberi kesedaran kepada ahli tentang
kepentingan bersukan untuk kesihatan di masa hadapan. Justeru ,program ini
secara tidak langsung dapat memberikan impak yang positif dalam menjayakan misi
HEWI BKPJM pada sesi ini ‘Memposisi Mahasisiwi Berintegriti ,Membentuk Generasi
Bersinergi’ .

Tiada ulasan:
Catat Ulasan