ISKANDARIAH, 4 JUN 2014 – Seluruh warga Malaysia di Mesir digemparkan dengan
berita kemalangan yang menimpa enam orang mahasiswi dari Fakulti Pergigian Universiti
Iskandariah pada 3 Jun 2014. Kejadian berlaku sewaktu mereka dalam
perjalanan menuju ke lapangan terbang untuk pulang ke Malaysia. Menurut
maklumat, van yang dinaiki hilang kawalan apabila kenderaan mereka dihimpit
oleh sebuah lori lalu melanggar pembahagi jalan. Dua daripada mereka berasal
dari Johor iaitu Fatin Inani Bt Mohd Noh dan Siti Shahirah Bt Abdul Jalil
merupakan mahasiswi Tahun Tiga Fakulti
Pergigian.
Fatin Inani Binti Mohd Noh, kini berada di Hospital Nur Islam Camp Caesar
dan telah selesai menjalani pembedahan plastik dibahagian muka dan rahang. Menurut kenalannya, beliau akan dibenarkan pulang setelah
keadaaannya kembali stabil. Manakala Siti Shahirah Binti Abdul Jalil pula, ketika
dilawat beliau sedang menerima rawatan (lung drainage) akibat udara yang
terperangkap diantara paru-paru dan dadanya di Hospital Al-Miri dan kini dalam
keadaan stabil. Beliau ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital
berkenaan dan sedang menunggu waktu untuk menjalani pembedahan.
Badan Kebajikan Pelajar Johor di Mesir (BKPJM) diwakili oleh Yang di-
Pertua BKPJM 13/14, Ustaz Mohd Helmi Bin Nor Isham bersama Ketua Hewi BKPJM
13/14, Ustazah Nurhaslinda Bte Gazali serta beberapa orang AJKT dan HEWI BKPJM
13/14 menziarahi mahasiswi Fakulti Pergigian yang terlibat dengan kemalangan
tersebut di Hospital yang ditempatkan. Turut hadir bersama, Penasihat BKPJM
13/14, Ustaz Syed Miftahul Ulum Bin Syed Mustaffa Kamal , serta
mandub BKPJM di Iskandariah Dr.Mohd Alham Bin Abdul Rahim.
Pihak BKPJM telah menyalurkan sedikit bantuan kepada mangsa kemalangan
tersebut. BKPJM mengucapkan takziah kepada pelajar perubatan yang ditimpa
kemalangan tersebut dan mendoakan agar dikurniakan kesihatan dan diberi
ketabahan untuk menghadapi ujian ini.
"THAQAFAH CEMERLANG KESATUAN GEMILANG"
"MEMPOSISI MAHASISWI BERINTERGRITI , MEMBENTUK GENERASI BERSINERGI"
"THAQAFAH CEMERLANG KESATUAN GEMILANG"
"MEMPOSISI MAHASISWI BERINTERGRITI , MEMBENTUK GENERASI BERSINERGI"




Tiada ulasan:
Catat Ulasan