Sabtu, 24 Januari 2015

FUTSAL BKPJM : Mengeratkan ukhwah anak-anak Johor di Mesir



 HAYYU SADIS, 16 November-  Badan Kebajikan Pelajar Johor di Mesir telah mengadakan"FUTSAL BKPJM"  dibawah Unit Perumahan (Lajnah Kebudayaan, Kesenian dan Sukan). Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli dan seramai 50 orang ahli  yang telah menjayakan program tersebut
 Program ini telah dijalankan pada waktu malam bermula jam 10 malam sehingga 12 pagi bertujuan untuk mengisi masa lapang ahli-ahli Johor, sama ada ahli dari Pengajian Islam mahupun pelajar Sains Kesihatan. Sebanyak 8 kumpulan telah dibahagikan sama rata bagi mewujudkan semangat persaingan di setiap kumpulan.
 Sepanjang program diadakan, peserta telah bermain dengan penuh kesungguhan, disiplin dan kerjasama yang baik dalam pasukan untuk beroleh kemenangan. Antara objektif yang telah diletakkan dalam program ini adalah mengeratkan silaturrahim antara anak-anak Johor di Mesir, sekaligus dapat mengasah bakat anak-anak Johor terhadap sukan futsal ini.
 Islam menggalakkan umatnya bersukan kerana  pepatah arab ada menyebut “otak yang cerdas datangnya dari badan yang sihat”. Allah S.W.T.  sangat menyukai orang yang kuat tubuh badan, dalam hadis Rasulullah S.A.W.  bersabda yang bermaksud ”orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah S.W.T. dari orang beriman yang lemah, kedua-duanya ada  kebaikan”



Tiada ulasan:

Catat Ulasan