KAHERAH,
26-27 JAN 2015 - Unit Pengetahuan dan Bimbingan, Badan Kebajikan
Pelajar-Pelajar Johor di Mesir telah mengadakan Daurah Kitab “Ahkam Hadithi
Al-Ahdi Bil Islam”yang disampaikan oleh Saudara Mohd Syafiq bin Sahimi.
Daurah yang berlangsung sekitar jam 4 petang dimulai dengan penerangan ringkas
berkenaan panduan membeli kitab-kitab bersempena pesta buku antarabangsa yang
sedang berlangsung baru-baru ini. Program yang berlangsung selama 2 hari telah
dihadiri sekitar 60 orang mahasiswa dan mahasiswi Johor dan BKAN lain .
Menyedari pelbagai cabaran dizaman kini, justeru
BKPJM berusaha membekalkan ahli dalam menjawab persoalan dan permasalahan
melalui daurah yang dijalankan bertepatan dengan tema BKJM “Thaqafah Cemerlang,
Kesatuan Gemilang” yang menjelaskan berkenaan hukum-hukum yang berkaitan
saudara baru yang memeluk agama islam. Bahkan intipati kitab yang sedikit
sebanyak mennghuraikan keringanan dan kemudahan bagi saudara baru dan
menggambarkan bahawasanya Islam bersifat universal dan menyeluruh. Malah, turut
memahami setiap keadaan dan tahap penganutnya terutama yang baru sahaja
melafazkan syahadah. Maka dalam mengupas intipati kiab, sedikit seebanyak
memberi kesedaran kepada kita bahawa islam sentiasa bersesuaian pada seluruh
umat manusia dan zaman sebagai satu cara hidup.
Oleh hal yang demikian,besarlah harapan
BKPJM agar mahasiswa dan mahasiswi dapat mengambil peluang dalam setiap
lapangan yang telah disediakan. Bahkan, menangani permasalahan masyarakat
Malaysia yang semakin meruncing dalam memerlukan ilmu terutamanya bagi kita
yang punya amanah selaku penuntut ilmu dalam membasmi kejahilan yang membarah
dikalangan kita zaman kini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan