APJ RABAAH, 9 MAC 2015 – Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir (BKPJM) di bawah Unit Pengetahuan dan Bimbingan BKPJM 2014/2015 telah mengadakan diskusi kitab yang bertajuk Ruhaniyyah Da’iyyah di Dewan Kutub Sittah, APJ Rabaah.
Program yang bermula selepas maghrib ini telah dikendalikan oleh oleh Saudara Muhammad Aizat bin Shahadan selaku pengerusi majlis seterusnya disambung dengan diskusi kitab oleh pengisi yang dijemput khas daripada kalangan anak Johor sendiri iaitu Saudara Muhammad Faiz bin Khalid, kuliah Usuluddin Jabatan tafsir tahun 4.
Antara objektif diadakan program seperti ini adalah untuk menambahkan ilmu serta thaqafah di kalangan anak-anak Johor itu sendiri serta menjayakan objektif Unit Pengetahuan dan Bimbingan BKPJM 2014/2015 untuk menghidupkan suasana ilmu di rumah Johor dan cinta ilmu dalam kalangan anak-anak Johor. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kalangan anak-anak Johor di Mesir.
BKPJM sangat menitikberatkan thaqafah dan peningkatan ilmu dari semasa ke semasa dalam kalangan ahli. Justeru, program seperti diskusi kitab ini disusun untuk memberikan manfaat serta peningkatan ilmu kepada ahli.
Program diskusi kitab ini berakhir selepas isyak sekitar jam 8.30 malam, sebelum bersurai pihak penganjur memberikan sedikit cendermata kepada pengisi yang telah di sampaikan oleh Penasihat BKPJM 2014/2015, Saudara Muhammad Helmi bin Nor Hisham dan program diakhiri dengan sedikit kesimpulan daripada pengerusi majlis seterusnya menutup program diskusi kitab dengan tasbih kaffarah dan surah al Asr.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan