KAHERAH,9-10 MAC 2015- Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor Di Mesir
dibawah Lajnah Perancang telah
mengadakan “Jaulah AJKT HEWI BKPJM sekitar Muhafazah” bermula 9 Mac sehingga 10 Mac 2015. Objektif utama
jaulah ini dijalankan adalah bagi meribat dan menguatkan ukhuwah dalam kesatuan
dalam kalangan ahli Pengajian Islam dan Sains Kesihatan.
Jaulah yang telah berjalan
selama 2 hari ini berjalan dengan lancar dan disambut mesra oleh adik beradik
BKPJM sekitar muhafazah baik dari
kalangan pelajar Pengajian Islam mahupun pelajar Sains Perubatan. Jaulah hari pertama adalah Iskandariah & Zaqaziq.
Manakala hari kedua pula menuju Tanta dan Mansourah. Pertemuan dimulakan dengan
sesi taaruf secara santai antara pimpinan AJKTdan HEWI BKPJM dan ahli-ahli
Johor. Setelah itu, ahli-ahli telah diberikan penerangan berkaitan sejarah BKPJM serta sebagai persatuan yang
menjadi wadah kesatuan anak-anak Johor
di bumi Mesir.
Selain itu,AJKT dan HEWI BKPJM dan ahli-ahli saling bertukar
pandangan berkaitan permasalahan yang berlaku dalam kalangan pelajar-pelajar di
muhafazah. Disamping itu, wakil pimpinan BKPJM,saudara Mohd Ariff Bin Haron
selaku Timbalan Yang DiPertua (Lajnah Perancang BKPJM) turut mempromosikan
serta memberikan penerangan secara ringkas berkaitan aktiviti-aktiviti menarik
dalam program terdekat yang bakal berlangsung di Kaherah selama 4 hari iaitu
The 4th Annual Festival Of BKPJM(FAMILY ‘15).
Semoga program berbentuk ziarah ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim
antara pimpinan dan ahli-ahli BKPJM sekaligus menambahkan kebersamaan ahli dan
keprihatinan akan BKPJM seterusnya menyemat di dalam hati akan slogan ‘BKPJM
Keluarga Kita’. Jaulah berakhir dengan
ucapan daripada wakil pimpinan BKPJM dan muhafazah dan Tasbih Kafarah dan Surah
Al-Asr.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan