Kaherah, 26 April 2015- Badan Kebajikan
Pelajar-pelajar Johor di Mesir BKPJM 14/15
di bawah Unit Kebajikan dan Kemanusiaan telah menganjurkan satu program
iaitu ‘Ngetih Jauhari’ yang telah diadakan di Dewan Kuttub Sittah yang
melibatkan seluruh mahasiswa dan
mahasiswi BKPJM yang berada di sekitar Kaherah. Antara tujuan program ini
dilaksanakan agar menjadikan mahasiswa cakna tentang isu semasa masa kini seperti isu Rohingya di luar negara serta
isu GST yang melanda rakyat Malaysia kini.
Justeru
itu,program ini juga didedahkan dengan pengenalan Rohingya yang telah
disampaikan oleh Saudara Helmi bin Norisham.
Antaranya ialah orang Rohingya
adalah etnik Muslim yang tinggal di utara negeri Rakhine yang terletak di barat
Burma. Kebanyakan populasi Rohingya tertumpu di dua buah badar utara Negeri
Rakhine (dulunya dikenal sebagai Arakan). Adapun mengenai isu GST adalah
berkaitan dengan harga barang memandangkan asas GST adalah luas. Pedidikan
cukai harus diberikan harus diberikan secara berterusan kepada rakyat. Cukai
merupakan sumber hasil negara bagi tujuan pembangunan.
Program
ini mendapat sambutan yang baik dan menggalakkan dari mahasiswa BKPJM, serta
mengharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Dengan
adanya program seperti ini juga dapat menambahkan lagi pengetahuan kita selaku
seorang mahasiswa yang berilmu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan