KAHERAH, 1-2 JULAI 2015 – Badan
Kebajikan Pelajar-Pelajar di Mesir
2014/2015 telah mengagihkan ‘Syantoh Ramadan’ sempena program IHTIRAM di bawah
kerjasama Unit Kebajikan & Kemanusiaan BKPJM 2014/2015. Objektif Syantoh Ramadan ini diadakan ialah bertujuan
membantu ahli membuat persediaan kedatangan Ramadan. Di samping itu, ianya
diadakan bagi mengeratkan silaturrahim
antara pimpinan dan ahli sekaligus menyalurkan kebajikan kepada ahli-ahli Johor.
Agihan ‘Syantoh Ramadan’ ini berlangsung
selama 2 hari bermula hari Rabu sehingga Khamis. Wakil Ahli Jawatan Kuasa Tadbir
dan AJKT Hal Ehwal Wanita Islam Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir telah
mengagihkan Syantoh Ramadan ke sekitar
Asrama Pelajar Johor, rumah sewa, dan mutazawwijin. Syantoh Ramadan diagihkan
ke sekitar Asyir, Sayeeda Zainab, Abbasiyah, Hussein pada hari pertama. Manakala
pada hari kedua,Syantoh Ramadan
diagihkan ke sekitar Asrama Pelajar Johor Rabaah & Tamim, rumah-rumah
sewa ahli di Hayyu Sadis serta pasangan Mutazawwijin sekitar Kaherah.
Akhirnya, Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar
Johor di Mesir mengharapkan moga-moga program agihan Syantoh Ramadan di bulan
kemuliaan ini dipandang oleh Allah S.W.T. Di samping itu,dapat menghidupkan
suasana di Bulan Ramadan dengan amalan kebaikan serta dapat menggalakkan lagi
sesama mahasiswa/wi untuk saling memberi dan menambah pahala di bulan Ramadan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan