KAHERAH, 8, 9 & 11
Ogos 2015 – Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir 14/15 dibawah Unit
Perumahan (Lajnah Kebudayaan Kesenian dan Sukan) telah menganjurkan satu
program iaitu MARHABAN AIDILFITRI ’15 yang telah diadakan di beberapa buah
tempat iaitu Hayyu Sabi’e, Hayyu Asyir, Darrasah dan Abdeen. Program tersebut telah melibatkan hampir keseluruhan daripada
kalangan anak-anak Johor di mesir.
Marhaban tersebut
telah diadakan selama 3 hari, pada hari
pertama Marhaban telah dimulakan di rumah Ustaz Syuaib bin Sangkrah di Hayyu
Sabi’e dan seterusnya diikuti rumah Ansar, Tanjung dan Muafakat di Hayyu Asyir.
Dan pada hari kedua Marhaban diteruskan lagi di rumah Ustaz Shahrul Ramzi Hanis
di Darrasah dan rumah Johor Abdeen di Abdeen. Pada hari yang terakhir Marhaban
telah diadakan di rumah Pegawai Atase Pendidikan Johor di Mesir, Ustaz Adam bin
Ibrahim di Rabaah.
Antara tujuan program
ini dilaksanakan adalah untuk mengeratkan lagi ukhuwah antara satu sama lain
dan juga dapat menziarahi adik-beradik BKPJM yang tinggal selain di Asrama
Pelajar Johor. Turut menyertai program ini adalah pelajar-pelajar baru dan lama
yang berada di Kaherah. Program ini mendapat sambutan yang amat baik mengalakkan
daripada anak-anak Johor di Mesir.
Semoga program seperti
ini dapat mengeratkan tali silaturrahim antara semua mahasiswa Johor di
Perlembahan Nil.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan