KAHERAH,
4 Ogos 2015- Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir dibawah Lajnah Khas
Unit Sambutan Mahasiswa Baru 2015 5 telah mengadakan program 'We Are Family'
(WiFi '15) khusus untuk mahasiswa baru. Antara objektif program tersebut adalah
bertujuan memperkenalkan Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir kepada
mahasiswa/wi baru dengan lebih mendalam sekaligus berkenal-kenalan antara
mahasiswi lama dan baru.
Aturcara
majlis bermula selepas maghrib dengan pengisian 'Ngeteh Jauhari (Special Edition)
yang menampilkan 3 orang panel iaitu Penasihat BKPJM, Ustaz Mohd Helmi bin
Norhisham dan Ustaz Mohd Ariff bin Hamzah serta Yang DiPertua BKPJM, Ustaz
Usamah bin Aris. Ngeteh Jauhari pada kali ini berkonsepkan 'special edition'
dengan pembentangan sejarah BKPJM dan dibuka sesi soal jawab kepada panel.
Majlis diteruskan lagi dengan mengisi borang BKPJM serta pembahagian muzakarah
berkelompok bagi mahasiswa mahasiswi baru.
Akhirnya,
majlis diakhiri dengan perasmian penutup oleh Yang DiPertua BKPJM serta
penyerahan sumbangan daripada Ikatan Lepasan Mahasiswa Azhar (ILMAM) dan BKPJM
kepada pelajar mahasiswa dan mahasiswi baru.
Justeru
itu, kami mengharapkan sumbangan yang diberikan dapat dimanfaatkan oleh
mahasiswa mahasiswi baru.
BKPJM
optimis untuk menyalurkan kebajikan anak-anak Johor di bumi Mesir bertepatan
dengan moto BKPJM iaitu kebajikan dan perpaduan


Tiada ulasan:
Catat Ulasan