Memaparkan catatan dengan label Bersama Syeikh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bersama Syeikh. Papar semua catatan

Sabtu, 26 April 2014

MAJLIS TAUSIYYAH BERSAMA SYEIKH RIF'AT FAUZI

RABAAH EL-ADAWIYAH - 24 APRIL 2014 , Unit Pengetahuan dan Bimbingan (UPB) Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir (BKPJM) telah menganjurkan MajlisTausiyyah bersama Syeikh Rif'at Fauzi pada malam Jumaat yang lepas. Ianya adalah bersempena dengan musim peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi. Majlis telah diadakan di AsramaPelajar Johor Rabaah serta telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dikalangan ahli Johor sendiri dan juga ahli-ahli cawangan PMRAM yang lain.

            Majlis dimulakan dengan bacaan qasidah selepas Maghrib dan solat hajat secara berjemaah selepas solat Isyak. Solat hajat yang dilakukan adalah bersempena peperiksaan yang bakal dilalui oleh mahasiswa-mahasiswi Al-Azhar pada awal Mei ini.

            Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripadaTimbalan Yang Dipertua BKPJM, UstazUsamah bin Aris yang juga merupakan pemangku Yang DiPertua Ustaz Mohd Helmi bin Nor Isham. Seterusnya,majlis diteruskan lagi dengan kalam taujihat daripada syeikh Rif'at Fauzi. Antara intipati yang disampaikan beliau adalah berkenaan dengan sifat sabar dan taqwa.Beliau juga telah menyatakan bahawa sifat sabar terbahagi kepada dua iaitu sabar dengan ketaatan serta sabar dengan kemaksiatan. Pada akhir majlis tersebut,beberapa soalan telah diajukan kepada syeikh.

            Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh syeikh serta sesi bergambar bersama syeikh bagi ikhwah. Majlis berakhir sekitar jam 10.30 malam.

Semoga program ini dapat mengeratkan ukhwah sesama ahli BKPJM serta PMRAM cawangan yang lain seterusnya memberikan seribu satu keberkatan dalam kehidupan setiap dari tetamu yang hadir.

“MENGUKUHKAN THAQAFAH AHLI”
“THAQAFAH CEMERLANG KESATUAN GEMILANG”