Kaherah,14 Mac 2014 –Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir13/14
melalui Unit Dakwah dan Tarbiah telah melaksanakan Ribat Tarbawi Perdana di
Asrama Pelajar Johor Rabaah. Antara objektif utama Ribat Tarbawi Perdana ialah
untuk meribat hati ahli BKPJM menerusi qiamullail yang dilaksanakan.Bahkan
ribat ini juga bertujuan menambah thaqafah ahli melalui tazkirah yang telah
disusun .
Program bermula seawal jam 4.00 pagi dimulai dengan alunan zikir
dan diikuti dengan solat-solat sunat dan solat subuh secara berjemaah.Program
diteruskan dengan tayangan video dan tazkirah subuh bertajuk “Kejatuhan
Khilafah Islamiah” yang disampaikan oleh Ustaz Muqri Bin Ibrahim. Seterusnya
program diakhiri dengan tayangan video berkaitan Sejarah Sultan Muhammad
Al-Fateh dan diserikan lagi dengan bacaan doa rabitah dari Ustaz Ainudddin Bin
Abu Jamil. Program diakhiri dengan sarapan dan bersurai.




