Isnin, 3 April 2006

IJTIMA’ MAHASISWI KALI KE 2

Kaherah 23&24 Mac 2006 - Dibawah anjuran Unit Dakwah & Tarbiyah HEWI BKPJM telah mengadakan Ijtima Mahasiswi Kali ke 2 pada 23-24 Mac 2006.Program tersebut telah diadakan di Dewan Ibnu Sina Asrama Pelajar Johor Haiyu Thamin.
Program tersebut telah diseliakan oleh usrah pelajar baru telah menyediakan beberapa pengisian antaranya Debat Perdana, Sukan, Cari Harta Karun, Kotak beracun dan berbagai-bagai lagi.Menurut Timbalan Ketua HEWI BKPJM, Ustazah Raudhah menyatakan ijtima kali ini adalah lanjutan dari ijtima mahasiswi kali pertama dan sambutan daripada ahli HEWI amat menggalakkan dan mengharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan. Program tersebut berakhir pada hari Jumaat pada jam 8.30 pagi.

NYAH HUBUNGAN TIDAK SYAR’IE

Abdeen 23 Mac –Unit Dakwah &Tarbiah telah melancarkan kempen Nyah Hubungan Tak Syar'ie dengan kerjasama pihak Bait Muslim pada awal Mac yang lalu. Kempen ini bertujuan mencegah mahasiswa/wi daripada terjebak ke kancah maksiat. Menurut Ustaz Yohanaz Misuan, pengerusi Bait Muslim BKPJM, kempen ini perlu dipandang serius oleh semua ahli.Ia dirasakan penting lantaran isu-isu yang timbul akibat hubungan tidak syar'ie dikalangan azhari/rat semakin menjadi-jadi.Tambahan pula ada yang memandang enteng hubungan tak syar'ie ini, sehingga terdapat mereka yang diberkas ketika berdua-duaan di dalam sebuah rumah. Tidak dinafikan, setiap manusia mempunyai naluri untuk berkasih dan dikasihi, sepatutnya sebagai azhari/rat memandu diri dengan panduan Ilahi demi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku lagi.Disamping itu, ustaz Azman Shaari, Ketua UDT menasihati agar ahli tidak melayari laman-laman web yang tidak syar'ie.