Ahad, 7 Disember 2008

Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Adha BKPJM

Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Adha peringkat Badan Kebajikan Pelajar Pelajar Johor Di Mesir (BKPJM), akan diakan pada hari Isnin, 8 Disember 2008, di Asrama Pelajar Johor bermula selepas solat sunat Aidil Adha.


Majlis ini dimulakan dengan sembelih binatang korban ecara bergotong royong dan aqiqah. Tahun ini, sebanyak dua ekor unda, sembilan ekor kambing biri-biri dan empat ekor kambing kacang.

Menurut pengarahnya, Ust Mohd Nur Bin Ahmad (gambar kiri) majlis akan bermula selepas solat sunat dan akan berakhir dengan jamuan bersama ahli selepas solat Isyak. Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada individu yang sudi memilih BJPJM sebagai platform menjayakan korban dan akikah masing-masing.

Dalam masa yang sama, Yang Dipertua BKPJM, Ust Firdauz Noh (gambar kanan) menyatakan harapan beliau agar semua ahli BKPJM dapat hadir bagi bersama bergotong royong memeriahkan lagi majlis. " Saya harap, majlis ini menjadi satu wadah penyatuan ahli yang kian renggang dan menjadi satu titik tolak untuk memastikan kesinambungan BKPJM sesama ahli akan kian utuh" ujar beliau.

Bersamalah kita menjayakannya.

Rabu, 29 Oktober 2008

Delegasi Kerajaan Johor Selamat Tiba Di Mesir

KAHERAH- Rombongan Kerajaan Negeri Johor yang diketuai oleh YB Datuk Maulizan Bin Bujang, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Koperasi Dan Usahawan, Pelajar dan Pengajian Tinggi Negeri Johor, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah pada 28 Oktober 2008, jam 10.10 malam.

Delegasi Kerajaan Negeri yang bertujuan untuk melawat serta memantau perkembangan terkini pendidikan anak-anak Johor yang menuntut di Mesir.

Para delegasi dijadualkan akan berada di Iskandariah untuk memantau perkembangan anak-anak Johor di Iskadariah dan satu majlis ramah mesra akan diadakan di Kedutaan Malaysia Iskandariah pada 29 Oktober 2008.

Seterusnya, majlis yang sama akan diadakan di Asrama Pelajar Johor Kaherah pada 2 November 2008.

Seluruh warga Johor di sini mengucapkan selamat datang kepada YB Datuk Maulizan Bujang serta ahli rombongannya.