![]() |
| Add caption |
Selasa, 3 April 2012
Rabu, 10 Mac 2010
Al Fatihah

KAHERAH, 10 Mac 2010: Kerajaan Arab Saudi mengumumkan kewafatan Syaikh Al-Azhar Mohammed Sayed Tantawi, pada Rabu pagi, pada usia 82 tahun, setelah menderita serangan jantung selama kunjungannya ke ibukota Saudi, Riyadh; untuk bersama dalam upacara penghargaan Raja Faisal International Prize.
Tantawi dilahirkan pada 28 Oktober 1928 di Tama, Pentadbiran Suhaj. Mengambil pengajian Usuluddin di Al Azhar. Setelah lulus dia bekerja sebagai seorang tutor, sebelum tugas untuk mengajar di Libya selama empat tahun.
Tantawi menerima gelaran doktor falsafah (PhD) dalam tafsiran moden dan pada tahun 1966, ia juga bekerja di Madinah, dekan Sekolah Pra-sarjana Universiti Islam di sana.
Ia diangkat menjadi mufti Mesir pada 28 Oktober 1986 hampir sepuluh tahun, kemudian beliau dilantik sebagai Syeikh Al-Azhar Al-Sharif.
Selasa, 12 Januari 2010
Artikel: Taubat Sang Pemalas

“Terima kasih ustaz. Azam saya tahun ini, saya mahu hadir lebih kerap lagi ke majlis ilmu. Nak berubah!” kata seorang anak muda.
Beliau hadir ke salah satu program saya baru-baru ini.
“Alhamdulillah. Baguslah begitu. Semoga istiqamah,” saya memberi semangat.
“Ustaz tahu kenapa saya nak berubah?” tanyanya kepada saya tanpa diminta.
“Kenapa?” saya tidak tahu apa yang saya tidak tahu.
“Saya kasihan tengok orang macam ustaz!” ujar beliau.
“Kasihan macam mana? Ustaz gembira sahaja. Berceramah sentiasa lebih seronok daripada mendengar ceramah. Bukankah erti hidup pada memberi!” saya menjawab.
“Betul tu. Cuma saya terfikir sesuatu. 20 orang pelajar yang sepatutnya belajar, bertungkus-lumus menjadi AJK mengatur program. Banyak susah payah yang terpaksa mereka hadapi. Mereka kena mesyuarat untuk cari idea supaya program ini menarik perhatian dan tidak stereotaip. Mereka kena fikir bab makanan dan jamuan. Mereka tak cukup tidur dan keletihan…” kisah anak muda itu.
“Itu kan bagus. Latihan dan peluang mendapat pahala” saya mencelah.
“Itu baru mereka. Ustaz pula kena buat persediaan. Buat macam-macam slaid. Tinggalkan isteri, tinggalkan anak-anak. Musafir jauh-jauh. Nak kata sebab duit, saya yakin berapa sangatlah duit yang ustaz dapat. Tapi ustaz datang juga. Dan ceramah berjam-jam dengan penuh semangat” sambungnya lagi.
“Rutin yang menyeronokkan” saya menyelit.
“Semuanya kerana nak bagi orang macam saya ni sedar. Dapat ilmu, dapat petunjuk. Berpuluh-puluh orang malah beratus yang bersusah payah untuk saya. Tiba-tiba saya lebih selesa lepak di bilik main game atau tidur sahaja. Ustaz rasa patut tak Allah bakar saya dalam Neraka kerana malas dan degil saya?” soalnya dengan nada serius.
“Allah Maha Pengampun” saya menjawab.
“Maha Pengampun kepada orang yang tidak pernah minta ampun?” tanya anak muda itu.
Saya terdiam.
“Pada saya, setiap kali ada program di kampus, ada 1001 pengorbanan yang berlaku untuk menjayakannya. Golongan yang tak endah dengan program itu adalah manusia yang kufur nikmat. Kalau nanti masuk Neraka pun, semua orang akan kata, memang patut pun! Sebab itu saya takut ustaz. Saya janji pada diri sendiri untuk tidak lagi mensesiakan majlis ilmu terutamanya yang diatur khusus untuk orang macam saya. Kaum pemalas!” katanya.
Antara sedih dan terharu, hinggap pula di hati saya perasaan lucu.
“Tahu takpe!” hati berkata.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
Sumber: Klik Sini
Penulis merupakan juru runding latihan sepenuh masa. Layari web rasmi beliau www.saifulislam.com
Jumaat, 18 Disember 2009
Majlis Sambutan Maal Hijrah 1431
Timbalan YDP merangkap Ketua Unit Dakwah dan Tarbiah BKPJM berkata, program ini amat penting untuk mengembalikan semula semangat Hijratur Rasul dan para sahabat di dalam proses perkembangan Islam untuk umat sejagat. Majlis yang dihadiri hampir 200 orang ahli BKPJM seterusnya mengadakan program solat sunat hifzi yang diimamkan oleh Ustaz Syuaib Sangkrah Al-Hafiz.
"Solat hifzi merupakan solat sunat empat rakaat yang bertujuan untuk memohon perlindungan dan pertolongan daripada Allah swt agar dipermudahkan kepada kita segala kefahaman dan ilmu yang didamba, akan kekal di hati. Insyaallah, program solat sunat hifzi ini akan diadakan pada hari Khamis malam Jumaat, selepas solat fardhu Isyak setiap minggu sehingga tiba peperiksaan. Mahasiswa/siswi Johor khasnya dan seluruh mahasiswa/siswi Malaysia di Mesir amnya, dijemput hadir untuk bersama-sama berjamaah menunaikan solat sunat hifzi" katanya lagi. -aljauhar
0 komen. Hantar Komen? Klik Sini
Kategori UPP
Isnin, 30 November 2009
Sekitar sambutan Aidiladha BKPJM 2009/1430
Malam Penuh Keberkatan.
Aidiladha Menjelma.
Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha.
0 komen. Hantar Komen? Klik Sini
Kategori UPP
Isnin, 23 November 2009
Selamat Menunaikan Haji
Kaherah 23 November 2009: Jemaah Haji PMRAM telah berangkat ke tanah suci pada jam 10.45 malam tadi. Jemaah haji yang berkumpul di Rumah Perlis bertolak ke tanah suci dengan pengangkutan udara tidak seperti sebelum ini menggunakan pengangkutan air. Alhamdulillah, kesemua jemaah haji merasakan amat bersyukur yang mereka diterima Allah sebagai tetamu haji pada tahun ini.Ahli BKPJM yang turut serta dalam rombongan haji PMRAM ini ialah saudara Ishaq Hanis bin Ismail, saudara Asyraf bin Johari. Manakala saudara Fahrul Naim bin Mohd Noor bersama jemaah haji pelajar-pelajar Indonesia.
Di kesempatan ini warga Al Jauhar mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Haji dan semoga mendapat haji yang mabrur. -aljauhar
Isnin, 9 November 2009
HARI BERSAMA BKAN PERUBATAN CAWANGAN MANSURA 2009
Semasa program berlangsung, rombongan BKPJM sempat melantik Dr. Nur Ilahi, pelajar perubatan tahun 3, dan Dr. Nadia Hanisah, pelajar perubatan tahun 5, sebagai Mandub dan Mandubah BKPJM 09/10 bagi pelajar-pelajar perubatan Universiti Mansura. Program yang berlangsung dengan lancar telah memberi satu ruang bagi BKPJM untuk menyatukan pelajar-pelajar Johor yang berada di Mesir, tidak kira perubatan mahupun pengajian agama. Moga-moga ukhuwwah yang telah bermula tidak terkubur begitu sahaja dan berterusan sehingga ke akhir usia.
Salam Ukhuwwah dari kami BKPJM 09/10 kepada semua.
0 komen. Hantar Komen? Klik Sini
Kategori UPP
Sabtu, 26 September 2009
3 Program Raya berjalan lancar
Sebaik sahaja selesai solat sunat Aidilfitri di Masjid Musa An Nusair di Hayyu Sabik, rumah terbuka tersebut dihadiri oleh ramai mahasiswa dan mahasiswi dari sekitar Kaherah. Kehadiran siswa-siswi baru kuliah perubatan juga sedikit sebanyak mengejutkan tuan rumah. Ini kerana kehadiran yang ramai diluar jangkaan mereka. Sehinggakan ada yang tak sempat menjamah jamuan hari raya.
Di hari raya ketiga, Gema Nostalgia Aidilfitri BKPJM berjalan dengan baik di Asrama Pelajar Johor di Rab'ah Al Adawiyah. Program anjuran bersama Pejabat Pegawai Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor ini dihadiri oleh sebahagian besar siswa-siswi dari kaherah dan juga muhafazah.
Program bermula dengan bacaan ayat suci Al Quran. Seterusnya ucapan dari Yang DiPertua BKPJM, saudara Basir Mohamed. Kemudia diselangi ucapan yang bersemangat oleh pemangku Naib Presiden III, Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan saudara Mohamad Azlan Hj Alias. Perasmian dilancarkan oleh Pegawai Kebajikan sendiri Al Fadhil Tuan Haji Ahmad Hanif Hj Naim.
Program tersebut tidak sunyi dengan celoteh dari saudara Syed Miftahul Ulum Syed Mustafa Kamal yang bergandingan pula dengan saudara Al Hidayat Khalid. Para ahli BKPJM yang hadir juga dihidangkan dengan tayangan istimewa hari raya.
Pada program tersebut juga, slot salam perpisahan dan pengiktirafan kepada siswa dan siswi yang tamat pengajian mereka. Saudara Muhd Hairi bin Hamzah diiktiraf sebagai Tokoh Pelajar BKPJM. Anugerah khas tersebut disempurnakan oleh Yang Dipertua sendiri dan diakhiri dengan upacara memotong kek gergasi.
Hari raya kelima pula, pihak Rumah Johor Abideen dengan kerjasama BKPJM menganjurkan Rumah Terbuka Abideen. Saban tahun ianya diadakan, namun kali ini mendapat kerjasama rasmi dari BKPJM dan orang perseorangan. Rumah terbuka ini, memberi ruang kepada siswa dan siswi melihat sendiri, bangunan pertama bagi anak-anak negeri Johor di Mesir. - aljauhar
Jumaat, 24 Julai 2009
Terkini ! Bantuan Zakat dan Pinjaman Negeri Johor
Oleh : Ketua Unit Penerangan dan Penerbitan BKPJM
Kaherah, 23 Julai – Bermula pada 15 Julai, Hari Keluarga BKPJM 09 telah melabuhkan tirainya dengan penuh keceriaan ekoran khabar berita yang dinanti-nantikan oleh seluruh mahasiswa negeri Johor di Mesir khususnya bagi penuntut tahun 3 di kuliah Pengajian Islam, tahun 1 di kuliah Takhassus Al-Qiraat dan Kuliah Perubatan akhirnya muncul juga. Pada Malam Penutup program mega tahunan tersebut, Pegawai Hal Ehwal Pelajar Johor di Mesir, Ustaz Ahmad Hanif bin Naim berkata “Saya nak sampaikan berita gembira buat awak semua berkenaan zakat. Alhamdulillah, pada tahun ini semua mahasiswa Pengajian Islam yang memohon bantuan zakat Johor (pemohon baru) diluluskan dan kadar bantuan zakat meningkat kepada RM4000. Jadi tiada nama yang dibuang”.
Beliau dalam ucapan perasmian penutup program Hari Keluarga tersebut berkata lagi “Manakala pinjaman bagi mahasiswa perubatan, kuota penerima telah ditambah”. Ini sekaligus melegakan para pemohon pinjaman dari kuliah Perubatan. Beliau turut menambah “Cuma senarai nama penerima bantuan zakat dan pinjaman sahaja masih belum keluar. Saya jangkakan berkemungkinan pada bulan Ogos”. Beliau yang suka dianggap sebagai “Abang Long” di kalangan anak-anak negeri Johor yang menuntut di Mesir turut meminta agar kesemua pihak dapat menanti dengan sabar dan berdoa agar urusan berkenaan zakat ini dipermudahkan.
Pun begitu, Ustaz Ahmad Hanif turut mengambil peluang mengingatkan kesemua mahasiswa dan mahasiswi di Kuliah Pengajian Islam agar sentiasa mempertingkatkan usaha dan kegigihan dalam mencapai kecemerlangan akedemik. Beliau berharap semoga kenaikan kadar bantuan zakat untuk mahasiswa Pengajian Islam pada tahun ini dapat menjadi pencetus semangat daya saing mahasiswa di bumi Mesir ini khususnya dalam mendapatkan keputusan cemerlang di dalam peperiksaan masing-masing.
Manakala Yang Dipertua BKPJM, Ustaz Firdauz bin Noh ketika dihubungi berkata “Alhamdulillah, berita gembira ini kita sambut dengan rasa syukur dan saya berharap agar kesemua pihak dapat menanti dengan sabar dan berdoa agar urusan zakat ini mudah selesai”. Sebarang pertanyaan berkenaan bantuan zakat sila rujuk Pegawai Hal Ehwal Pelajar Johor Mesir (+2011 7952197), atau YDP BKPJM (+2010 6109675) atau Ketua Hewi BKPJM (+2019 3902994).
Rabu, 29 Oktober 2008
Delegasi Kerajaan Johor Selamat Tiba Di Mesir
KAHERAH- Rombongan Kerajaan Negeri Johor yang diketuai oleh YB Datuk Maulizan Bin Bujang, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Koperasi Dan Usahawan, Pelajar dan Pengajian Tinggi Negeri Johor, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah pada 28 Oktober 2008, jam 10.10 malam.Delegasi Kerajaan Negeri yang bertujuan untuk melawat serta memantau perkembangan terkini pendidikan anak-anak Johor yang menuntut di Mesir.
Para delegasi dijadualkan akan berada di Iskandariah untuk memantau perkembangan anak-anak Johor di Iskadariah dan satu majlis ramah mesra akan diadakan di Kedutaan Malaysia Iskandariah pada 29 Oktober 2008.
Seterusnya, majlis yang sama akan diadakan di Asrama Pelajar Johor Kaherah pada 2 November 2008.
Seluruh warga Johor di sini mengucapkan selamat datang kepada YB Datuk Maulizan Bujang serta ahli rombongannya.
0 komen. Hantar Komen? Klik Sini
Kategori UPP
Isnin, 23 Jun 2008
Tawaran Biasiswa Dari AmanahRaya | Tarikh Tutup 30 JUN ini!
Dear all,
Please be informed that AmanahRaya is offering scholarship on Islamic Studies for students who are interested to further their studies in the Universiti of Al-Azhar, Mesir. Attached is the scholarship advertisement that is going to be published in Utusan Malaysia & Berita Harian.
For any query pertaining to this scholarship, please do not hesitate to contact Cik Nik Noor Hayati at 03-20557626 or Netty at 03-20557625.
Thanks & regards,
Regards,
Hairin Herlina Abdul Halim
Senior Executive (Estate Administration Unit)
AmanahRaya Legacy Services Sdn Bhd
Wisma AmanahRaya, No.2, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.
Direct Line : 03-20557612
Isnin, 9 Jun 2008
Agihan Zakat: Lakukan sendiri atau pemerintah?
Terdapat persoalan di dalam kotak soalan berkenaan dengan bayar zakat kepada pusat zakat. maka ini jawapannya dlm mazhab Imam Syafie:-
Harta zakat ada terbahagi pada dua bahagian:
Bahagian pertama: Harta yang tersembunyi (Amwal Batinah) iaitu zakat emas perak (termasuk zakat harta), harta tersorok dalam tanah (rikaz) dan zakat fitrah.
Harta-harta seumpama ini boleh dibayar zakat dengan diberi terus kepada orang-orang yang berhak menerimanya tanpa melalui pemerintah. Pemerintah tidak boleh meminta tuan harta mengeluarkan zakat kepada pemerintah kecuali melihat tuannya tidak membayar zakat; maka ketika itu pemerintah hendaklah memerintahnya supaya mengeluarkan zakat kepada yang berhak.
Jika tuan harta tidak mahu mengeluarkan maka wajib imam menuntut zakat harta tersebut seperti mana wajibnya mencegah kemungkaran. Ini berdasarkan apa yang diucapkan oleh saidina Usman r.a ketika beliau berkhutbah di mimbar Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: "Ini adalah bulan untuk kamu mengeluarkan zakat. Sesiapa yang ada hutang hendaklah dia lunaskan supaya hartanya bersih dari hutang dan dapat membayar zakat hartanya." (Riwayat Baihaqi - Sahih)
Harta ini boleh di wakilkan kepada pihak lain (individu atau agensi swasta) untuk diserahkan kepada pihak yang layak (asnaf yang lapan) , diserahkan kepada pemerintah dan boleh diberikan terus kepada yang layak tanpa perantara. Memberinya terus kepada penerima lebih baik dari diwakilkan. Diserahkan kepada pemerintah untuk mengagihkannya lebih baik dari diwakilkan kepada pihak lain.
Jika pemerintah itu adil maka lebih baik diberikan kepada pemerintah berdasarkan hadis mauquf dari Ibnu Umar r.a :
Menyerahkan zakat kepada pemimpin yang adil lebih baik dari mengagihkan dengan sendiri kerana bila zakat telah diberikan kepada pemerintah maka tanggung jawab pemilik harta sudah selesai walaupun pemerintah tidak menunaikan tanggungjawabnya untuk mengagihkan zakat.
Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Anas r.a:
Seorang lelaki berkata kepada Rasulullah s.a.w: " Apabila aku telah membayar zakat kepada wakilmu adakah aku telah lepas dari tanggung jawab ku (dalam zakat) kepada Allah dan Rasulnya?"
Rasulullah s.a.w menjawab:
Maksudnya: "Ya. Jika kau sudah membayar zakat kepada wakilku maka engkau telah lepas dari tanggungjawabmu kepada Allah dan RasulNya. Engkau akan mendapat pahala zakat dan jika zakat tidak diagihkan kepada yang berhak maka dosanya kepada yang orang yang melakukan perkara tersebut." (Riwayat Ahmad)
Adapun jika diagihkan sendiri dikhuatiri diserahkan kepada orang yang tidak layak. Lagipun pemerintah yang adil lebih mengetahui priority bagi penerima-penerima zakat. Kalau pemimpin yang zalim hendaklah diagihkan sendiri.
Bahagian kedua: Harta yang nampak (Amwal Zahirah) iaitu zakat binatang, tanaman, buah-buahan dan harta galian. Jika pemerintah tidak memintanya maka pemilik boleh mengagihnya sendiri. Jika pemerintah memintanya maka wajib diberikan kepada pemerintah sekiranya pemerintah yang adil. Ini adalah berdasarkan suruhan Allah kepada pemerintah:
Maksudnya: "Hendaklah kamu ambil zakat daripada harta-harta orang Islam..." (103: at-Taubah)
Kalau rakyat enggan maka pemerintah boleh memerangi mereka dan menghukumnya.
Adapun sekiranya pemerintah itu zalim dalam mengagihkan zakat maka pemilik harta boleh mengagihkannya sendiri atau diberikan kepada pemerintah. Mengagihkan sendiri lebih baik. Ini sekiranya pemerintah zalim itu tidak mewajibkan kepada rakyatnya untuk membayar kepada mereka.
Jika pemerintah zalim itu meminta dengan cara mewajibkan maka wajib dibayar zakat ini (amwal zahirah) kepada pemerintah.
Kewajipan kepada pemerintah untuk melantik pemungut-pemungut zakat kerana Rasulullah s.a.w mengutuskan Umar bin Khattab untuk memungut zakat (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Rujukan: Al-Muktamad Fil Feqhis Syafie oleh Dr Muhjammad Zuhaili.
Jumaat, 21 Mac 2008
Tentatif CELIK IT BKPJM 2008
SABTU | 15 RABIUL AWWAL 1429 | 22 MAC 2008
8.00 - 9.00 pg : Pendaftaran/Sarapan
9.00 - 9.15 pg : Perasmian Oleh YDP BKPJM
9.15 - 11.15 pg : SLOT PERTAMA (Kenali Blogspot)
11.15 pg – 2.00 ptg : Rehat (Makan, Solat)
2.00 – 5.00 ptg : SLOT KEDUA (Kenali Publisher)
AHAD | 16 RABIUL AWWAL 1429 | 23 MAC 2008
1.00 ptg – 3.00 ptg : SLOT KETIGA (Kenali Adobe Photoshop)
3.00 ptg – 4.00 ptg : Rehat (Makan dan Solat Asar)
4.00 ptg – 6.00 ptg : Sambungan Slot
6.00 ptg – 8.00 malam : Rehat (Makan dan Solat Magrib dan Isyak)
8.00 mlm – 10.00 mlm : Sambungan Slot
ISNIN | 17 RABIUL AWWAL 1429 | 24 MAC 2008
1.00 ptg – 3.00 ptg : SLOT KEEMPAT (Gaya dan Etika Penulisan Blog)
3.00 ptg – 4.00 ptg : Rehat (Makan dan Solat Asar)
4.00 ptg – 6.00 ptg : Sambungan Slot
6.00 ptg – 8.00 malam : Rehat (Makan dan Solat Magrib dan Isyak)
8.00 mlm – 10.00 mlm : SLOT KELIMA (Kenali Hardware)
: Penyampaian Cenderahati / Penutup / Bersurai
0 komen. Hantar Komen? Klik Sini
Kategori UPP
Khamis, 20 Disember 2007
Bantulah Mereka!
Saudara Mohd Razi bin Musa yang merupakan penuntut M.A. Usuluddin Pengkhususan Tafsir, American Open University, Kaherah Mesir akan pulang ke Malaysia pada 25 Januari 2008 atas tujuan pembedahan mata kedua-dua anak beliau. Lokasi pembedahan yang dicadang adalah Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras Kuala Lumpur. Kos rawatan untuk kedua-dua cahaya mata beliau dianggarkan berjumlah RM 12,000.00.
Justeru, PMRAM di bawah Badan Kebajikan Dan Tabung Derma telah melancarkan kutipan derma kilat khusus untuk mengumpulkan sumbangan bagi membiayai kos rawatan dan pembedahan ke atas kedua-dua anak saudara Mohd Razi bin Musa. PMRAM menggesa kepada seluruh ahli untuk memberikan sumbangan ikhlas kepada saudara Mohd Razi bin Musa bertepatan dengan roh pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Allah Ibrahim sekeluarga yang telah diabadikan dalam sambutan Hari Raya Idul Adha.
Kepada mana-mana individu sama ada di Malaysia mahupun di Mesir yang bermurah hati untuk memberikan sumbangan kepada saudara Mohd Razi bin Musa, boleh terus berhubung dengan PMRAM ataupun terus kepada saudara:
Nama: Mohd Razi bin Musa
Tel: +20106592769 @ +20166764502
atau terus menyumbang ke akaun HSBC milik saudara Mohd Razi bin Musa NO AKAUN: 032 036 832 011.
Ahad, 9 Disember 2007
PEPSI & COCA COLA contains Pork - Proven!!!
Setiap bahan bergas, mengandungi tidak lebih daripada 2% alkohol dan ini telah disahkan oleh pihak JAKIM dan boleh menerima silil HALAL.
Edaran maklumat terbaru yang patut di baca bersama ialah ada kandungan ekstrak BABI.
1 komen. Hantar Komen? Klik Sini
Kategori UPP
Isnin, 22 Oktober 2007
Al Fatihah
21 Oktober 2007 (Kaherah, Mesir) - "kalau saya mati, kebumikan saya di sini", Demikian gurauan yang dibuat oleh Allahyarham Zaid bin Muhamad dihadapan sahabat-sahabat dua hari sebelum kemalangan ngeri yang menimpa arwah. Kejadian berlaku di lebuh raya Solah Salim bersebelahan dengan jalan Darrasah. Allahyarham dikatakan sedang dalam perjalanan pulang daripada Masjid Syeikh Zaki Ibrahim selepas selesai menghadiri majlis tadarus Al-Quran yang dijemput oleh Syeikh Abdul Azim Sulthan Sya'aban.Allahyarham adalah mahasiswa muadalah (twinnig-program KIAS dan Al Azhar) yang baru sahaja sampai ke Mesir. Merupakan pelajar muadalah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) jurusan Syariah dan berasal daripada jitra Kedah. Berumur 22 tahun dan telah pun menduduki peperiksaan tahdid mustawa samada berada di tahun 3 atau 4 jurusan Syariah Islamiah, Kaherah. Allayarham Zaid bin Muhamad tiba di Mesir pada tanggal 18 Septembar 2007 bersama rombongan KIAS, Nilam puri.
Kemalangan berlaku selepas solat Zohor. Allahyarham dilanggar sebuah chevrollet
ketika cuba melintas jalan bersama dengan seorang teman yang bernama Mohd Ridhuan Abdul Razak. Allahyarham dikatakan bersungguh-sungguh mengajak kawannya melintas lebuh raya Solah Salim meninggalkan kawan-kawan yang lain yang sedang berjalan dibelakang bersama Syeikh Abdul Azim Sulthan Sya'aban.Ketika melintas Allahyarham memegang tangan Mohd Ridhuan dan apabila berada ditengah-tengah jalan besar tersebut beliau melepaskan tangan sahabatnya dan sedikit terkebelakang daripada sahabatnya Mohd Ridhuan. Ketika itulah datang sebuah Chevrollet yang dipandu laju lalu melanggar allahyarham sehingga melayang 10 meter dari tempat kejadian. Allahyarham Zaid Muhamad meninggal dunia serta-merta sejurus kemalangan di tempat kejadian akibat hentakan kuat dikepala.
Jenazah allahyarham dibawakan ke tempat bedah siasat di Muqattam 2 jam selepas kejadian. Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam A'syir dan disembahyangkan di dataran Kompleks Melayu Hayyul A'sir selepas solat Zohor, keesokan harinya.
Pada suratan kehidupan
Namun hanya ALLAH yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu
Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri
Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda, miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya
Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian
Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi
Dari ALLAH kita datang,
KepadaNya kita pasti pulang
Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?
0 komen. Hantar Komen? Klik Sini
Kategori UPP
Selasa, 20 Februari 2007
KURSUS BLOG DAN DESIGN BKPJM '07
TARIKH: 3-4 SAFAR 1428 BERSAMAAN 21-22 FEBRUARI 2007
MASA: 1.00 PETANG HINGGA 5.00 PETANG (RABU 21/02/07)
9.00 PAGI HINGGA 1.00 PETANG (KHAMIS 22/02/07)
TEMPAT: ASRAMA PELAJAR JOHOR, HAYYU THAMIN
YURAN PENYERTAAN: LE 8.00 (KERTAS KERJA DAN JAMUAN)
PENGISIAN: MEMBINA WEBLOG, PUBLISHER DAN ADOBE PHOTOSHOP
0 komen. Hantar Komen? Klik Sini
Kategori UPP






















