

Sebagai Naqib mahasiswa baru BKPJM

Keluarga Hidayatussaufi


KEMAS KINIJOHOR BAHRU: Terkini! Al Fatihah. Hidayatussaufi telah kembali ke rahmatullah pada jam 4.15 pagi waktu Malaysia (10.15 malam waktu Mesir).
Jenazah mungkin akan dibawa ke Mersing dan diuruskan di sana. Berita lanjut menyusul.
berita terdahulu...JOHOR BAHRU: Maklumat dari saudara Muhd Hairi Hamzah, Mantan Penasihat BKPJM mengatakan Hidayatussaufi telah dipindahkan ke wad pesakit biasa. Namun masih belum sedarkan diri. Bagaimanapun dimaklumkan Hidayatussaufi dalam keadaan tenat. Hal ini dimaklumkan pula oleh adik beliau yang menghubungi saudara Nuruddin Zanki Hamzah melalui sistema pesanan ringkas (SMS).
Pihak keluarganya memohon agar kita berdoa dan solat hajat mohon batuan agar diberikan keselamatan kepada Hidayatussaufi.
- aljauharberita terdahulu...JOHOR BAHRU: Maklumat dari Ustaz Mohd Hafiz Mansor, Mantan Penasihat dan AJKT BKPJM mengatakan Hidayatussaufi masih tidak sedarkan diri dan hanya mendapati sedkit refleksi dari tangan dan airmatanya kadang-kadang mengalir.
Beliau yang telah menziarahi Hidayatussaufi mengatakan "Saufi koma tak sedar, tapi ada refleksilah tindak balas. Kadang-kadang nampak airmata dia mengalir, bergerak-gerak juga tangan dan mata cuma tak sedarkan diri" beliau juga menambah "banyak wayar-wayar bantuan pernafasan,pertukaran darah, saluran ke hidung dan tangan digunakan. Tubuh Saufi juga kelihatan jelas kekuningan".
- aljauharberita terdahulu...JOHOR BAHRU: Keadaan Mohd Hidayatussaufi dimaklumkan sudah sedarkan diri. Beliau diberitakan dalam proses rawatan selanjutnya dan bertambah baik. Namun beliau masih lagi ditempatkan di bilik Rawatan Kecemacan (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
- aljauharberita terdahulu...KAHERAH: Seorang ahli BKPJM Mohd Hidayatussaufi bin Khalid didapati diserang penyakit agak teruk. Beliau telah pulang ke Malaysia pada 29 Disember 2009 untuk mendapat rawatan lanjut. Dimaklumkan beliau telah dimasukkan ke bilik Unit Rawatan Kecemasan (ICU) Hospital Sultanah Amaninah, Johor Bahru setelah mendapatkan rawatan awal di Hospital Bandar Mersing setibanya beliau di Malaysia.
Beliau didapati masih tidak sedarkan diri (koma) setelah mendapati penyakitnya semakin melarat.
Doktor yang merawatnya mengatakan beliau mengalami bengkak hati, usus berkuman dan buah pinggang kering. Ini kerana didapati mendapat keracunan makanan.Pihak keluarga beliau yang dihubungi oleh saudara Nuruddin Zanki Hamzah memohon kepada semua ahli BKPJM mengadakan solat hajat, dan berdoa agar Allah memberi kembali kesihatan dan memudahkan segala urusan rawatan kepada beliau.
Pihak Al Jauhar masih menunggu berita selanjutnya dari wakil kami di Malaysia.
Beliau ialah:
- Mahasiswa Tahun 1, Kuliah Usuluddin, Universiti Al Azhar, Kaherah.
- ADMIN AL JAUHAR, Web Rasmi BKPJM.
- aljauhar