Ahad, 28 Februari 2010

BKPJM hantar wakil ke Piala Presiden

KAHERAH, 28 Februari 2010: Pasukan Johor yang mewakili Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir (BKPJM) telah menghantar penyertaan dalam Piala Presiden PMRAM 2010. Pasukan Johor diundi bersama pasukan dari Sabah, Perak, Zaqazik dan Iskandariah iaitu Unit Mutazawijin Iskandariah (UMI).

Pasukan Johor pada tahun ini diuruskan oleh mantan penjaga gol pasukan sendiri iaitu saudara Firdaus bin Ahmad. Ketua jurulatih pada tahun ini ialah Abdul Rashid Mohd Ali dan di bantu oleh saudara Asyraf bin Johari.

Para pemain yang dipilih menyertai Pasukan Johor adalah seperti berikut:

Penjaga gol- Mohd Naquib Mohd Noor, Kamarul Akmal.

Pertahanan- Norfendi Abd Jabbar, Fikri Adli Mohd Nor, Mohd Syafiee Musni, Salleh Muhammad, Mohd Faisal, Ahmad Saufi Saringat

Tengah- Abul Husin Al Hadi Asyaari, Lokman Hakim Abdul Rahman, Shazrin Zekri Ab Razak, Khairul Amri Helmi Azhar, Ahmad Salehudin Hussin, Ridwan Ali, Mohd Akhmal Mohd Ali.

Penyerang- Mohd Kamil Abu Bakar, Meor Mohd Hazwan Abdul Rani. -aljauhar

Selasa, 23 Februari 2010

Jaulah AJKT & HEWI BKPJM 09/10 Berjaya Mencapai Sasaran


Kaherah, 23 Februari 2010: Pada 20,21 dan 22 Februari 2010 yang lepas, AJKT dan HEWI BKPJM sesi 2009/2010 telah berjaya menjelajah bumi Mesir dalam usaha untuk berjumpa dengan ahli-ahli BKPJM seluruh Mesir. Jelajah AJKT kali ini adalah bertujuan untuk berjumpa dengan ahli-ahli seluruh Mesir bagi menjelaskan dan membincangkan beberapa perkara penting dalam BKPJM sepanjang tahun ini. Jaulah AJKT dan HEWI kali ini juga turut disertai oleh Ustaz Haji Ahmad Hanif Bin Naim, Pegawai Kebajikan Pelajar Johor Mesir. Kehadiran ahli di setiap muhafazah juga amatlah memberangsangkan.

Antara perkara penting yang disampaikan dalam Jaulah AJKT kali ini ialah berkaitan perasmian Asrama Pelajar Johor Rabaah oleh Duli Yang Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang dirancangkan pada bulan April. Sehubungan dengan itu, BKPJM da Pejabat Pegawai Kebajikan Pelajar Johor Mesir meminta jasa baik semua pelajar Johor yang berada di Mesir untuk memeriahkanlai majlis tersebut. Selain itu, beberapa program terdekat juga turut diiklankan semasa perjumpaan bersama ahli, antaranya Majlis Sambutan Maulidurrasul, Hari UPB, Piala Exco BKPJM, dan lain-lain. Penekanan juga diberi terhadap beberapa perkara penting dalam hubungan ahli dengan Dewan-dewan Perwakilan Mahasiswa setiap muhafazah. Ahli diminta supaya tidak mengamalkan sikap kenegerian yang melampau di muhafazah masing-masing dan memberi komitmen sepenuhnya kepada DPM dan BKPJM apabila diperlukan.

Selain itu, sesi soaljawab juga diadakan di setiap muhafazah yang dilawati. Banya soalan telah ditanyakan dan beberapa muhasabah telah diberi. Begitu juga, beberapa cadangan telah diutarakan, senua itu adalah demi memastikan keberkesanan pentadbiran BKPJM untuk sesi ini dan sesi-sesi akan datang.

Yang pastinya, perjumpaan AJKT dan HEWI kali ini merupakan satu titik tolak ke arah perpaduan pelajar Johor seluruh Mesir dalam merealisasikan moto BKPJM, Kebajikan dan Perpaduan. Diharapkan dengan adanya pertemuan-pertemuan sebegini, ahli dan pimpinan BKPJM dapat mewujudkan persefahaman supaya kita semua dapat sama-sama mencapai tujuan utama kita hidup di bumi Allah ini. - aljauhar