HAYYU
THAMIN, 7 Mac 2013 - Badan Kebajikan
Pelajar-pelajar Johor di Mesir di bawah Unit Dakwah & Tarbiah BKPJM 12/13 telah
mengadakan majlis bacaan Yasin dan solat hajat di dewan Ibnu Sina, Asrama
Pelajar Johor Hayyu Thamin . Bacaan Yasin dan solat hajat diadakan bertujuan
mendoakan keselamatan saudara kita yang
berjuang menentang pencerobohan di Lahad Datu , Sabah.
Sebelum
menunaikan solat fardhu Maghrib, bacaan Qasidah beramai-beramai oleh
adik-beradik BKPJM yang hadir . Selepas selesai menunaikan solat fardhu
maghrib, bacaan Yasin dimulakan dan diketuai oleh saudara Muhammad Nazeem,
Ketua Unit Kabajikan dan Tabung Derma BKPJM. Selepas solat Isya’ pula, para jemaah
mendirikan solat jenazah ghaib dan solat hajat untuk roh anggota polis yang terkorban dalam
insiden di Lahad Datu serta mendoakan keselamatan negara kita dalam membanteras
pencerobohan yang berlaku di sana.
Kemudian,
para hadirin telah diberikan dengan pengisian yang menarik iaitu penerangan isu
semasa berkaitan Palestin oleh Ustaz Abdul Muin bin Abdul Manan, Pengarah Mini-Pavilion
(MAP). Penerangan isu semasa diakhiri dengan sesi soal jawab dan tamat pada jam
9.30 malam.
Keesokkan
paginya, program bersambung dengan qiamulail secara berjamaah dan tazkirah
subuh yang disampaikan oleh Ustaz Malik bin Abdul Karim, yang merupakan
Penasihat PMRAM 2012. Beliau menceritakan isu-isu semasa sekitar Mesir, Syria
dan kejatuhan Khalifah Uthmaniyah.
Bagi
menceriakan lagi pagi Jumaat, Unit Perumahan BKPJM juga turut mengadakan Gotong-royong
Perdana di kedua-dua rumah Johor iaitu Ikhwah di rumah Johor Hayyu 8 manakala
akhawat pula di rumah Johor Rabaah.
Tujuan
diadakan program seperti ini diantaranya untuk mengimarahkan kedua-kedua rumah
Johor dengan program-program yang bermanfaat dan berfaedah disamping merapatkan
ukhuwah Islamiyah sesama adik-beradik BKPJM yang lain, selaras dengan misi
BKPJM sesi ini iaitu menjayakan slogan “BKPJM Keluarga Kita”.


