Khamis, 29 Januari 2015

DAURAH KITAB AHKAM HADITHI AL-AHDI BIL ISLAM : Menambah thaqafah dalam kalangan mahasiswa/i ketika musim cuti semester

KAHERAH, 26-27 JAN 2015 - Unit Pengetahuan dan Bimbingan, Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir telah mengadakan Daurah Kitab “Ahkam Hadithi Al-Ahdi Bil Islam”yang disampaikan oleh Saudara Mohd Syafiq bin Sahimi. Daurah yang berlangsung sekitar jam 4 petang dimulai dengan penerangan ringkas berkenaan panduan membeli kitab-kitab bersempena pesta buku antarabangsa yang sedang berlangsung baru-baru ini. Program yang berlangsung selama 2 hari telah dihadiri sekitar 60 orang mahasiswa dan mahasiswi Johor dan BKAN lain .

      Menyedari pelbagai cabaran dizaman kini, justeru BKPJM berusaha membekalkan ahli dalam menjawab persoalan dan permasalahan melalui daurah yang dijalankan bertepatan dengan tema BKJM “Thaqafah Cemerlang, Kesatuan Gemilang” yang menjelaskan berkenaan hukum-hukum yang berkaitan saudara baru yang memeluk agama islam. Bahkan intipati kitab yang sedikit sebanyak mennghuraikan keringanan dan kemudahan bagi saudara baru dan menggambarkan bahawasanya Islam bersifat universal dan menyeluruh. Malah, turut memahami setiap keadaan dan tahap penganutnya terutama yang baru sahaja melafazkan syahadah. Maka dalam mengupas intipati kiab, sedikit seebanyak memberi kesedaran kepada kita bahawa islam sentiasa bersesuaian pada seluruh umat manusia dan zaman sebagai satu cara hidup.


    Oleh hal yang demikian,besarlah harapan BKPJM agar mahasiswa dan mahasiswi dapat mengambil peluang dalam setiap lapangan yang telah disediakan. Bahkan, menangani permasalahan masyarakat Malaysia yang semakin meruncing dalam memerlukan ilmu terutamanya bagi kita yang punya amanah selaku penuntut ilmu dalam membasmi kejahilan yang membarah dikalangan kita zaman kini.


Rabu, 28 Januari 2015

USRAH GABUNGAN AJKT BERSAMA BKAN TAAKHI : Memperkukuh sinergi ukhwah taakhi zon




SOLAH SALEM, 5 Disember 2014 – Barisan AJKT Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir (BKPJM) telah menjalankan usrah amali gabungan bersama BKAN taakhi Keluarga Pelajar-pelajar Perlis (KPP), yang bertempat di International Bowling Center (IBC). Usrah Amali Gabungan ini telah dimulakan dengan aktiviti bowling gabungan di antara barisan pimpinan dua BKAN ini sekitar jam 9 malam.

            Selesai aktiviti bermain bowling, ia diteruskan lagi dengan sesi taaruf sesama pimpinan yang turut dihadiri Ustaz Mohd Helmi bin Nor Isham, Penasihat BKPJM. Sebelum Usrah Amali Gabungan ini ditangguhkan, ianya diisi dengan ucapan daripada Penasihat BKPJM yang menekankan aspek ukhuwah di kalangan mahasiswa Malaysia  di Mesir.

            Semoga aktiviti seperti ini dapat mengeratkan lagi ikatan ukhuwah di antara barisan kepimpinan BKAN secara khususnya dan seluruh mahasiswa Malaysia secara umumnya yang berada di Bumi Anbiya’ ini.