Rabu, 30 Januari 2008

Kem Latihan Penulis Siri 2


Kem Latihan Penulis PMRAM (KELAP) akan meneruskan siri penulisan untuk kali yang kedua. Program ini akan memberi tumpuan kepada aspek penulisan artikel ilmiah di dalam Suara Kampus. Peserta akan diperkenalkan dengan teori dan praktikal pemprosesan, pengumpulan data, teknik penulisan sehingga sesebuah Suara Kampus itu diterbitkan.

Program ini akan berlangsung selama 2 hari bermula pada 2 dan 3 Februari 2008 bertempat di Dewan Ibnu Sina, Asrama Pelajar Johor, Hayyu Thamin, Kaherah.

Mahasiswa dan mahasiswi Al-Azhar dijemput bagi sama-sama memeriahkan program ini. Setiap penyertaan akan dikenakan yuran sebanyak LE 15.00.

Pendaftaran dibuka sehingga 31 Januari 2008 (Khamis). Hantarkan maklumat pendaftaran anda kepada pmram30@yahoo.com atau hewipmram55@yahoo.com dengan menyertakan NAMA PENUH, NO KAD PENGENALAN, DAN NAMA BKAN/DPM anda.

Maklumat lanjut berkenaan program, sila klik di sini.

Khamis, 20 Disember 2007

Bantulah Mereka!


Dua cahaya mata saudara Mohd Razi bin Musa, adik Hajar dan Khaulah telah mengidap penyakit GLAUKOMA KONGENITAL yang boleh mengakibatkan buta pada mata dua anak beliau.

Saudara Mohd Razi bin Musa yang merupakan penuntut M.A. Usuluddin Pengkhususan Tafsir, American Open University, Kaherah Mesir akan pulang ke Malaysia pada 25 Januari 2008 atas tujuan pembedahan mata kedua-dua anak beliau. Lokasi pembedahan yang dicadang adalah Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras Kuala Lumpur.
Kos rawatan untuk kedua-dua cahaya mata beliau dianggarkan berjumlah RM 12,000.00.

Justeru,
PMRAM di bawah Badan Kebajikan Dan Tabung Derma telah melancarkan kutipan derma kilat khusus untuk mengumpulkan sumbangan bagi membiayai kos rawatan dan pembedahan ke atas kedua-dua anak saudara Mohd Razi bin Musa. PMRAM menggesa kepada seluruh ahli untuk memberikan sumbangan ikhlas kepada saudara Mohd Razi bin Musa bertepatan dengan roh pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Allah Ibrahim sekeluarga yang telah diabadikan dalam sambutan Hari Raya Idul Adha.

Kepada mana-mana individu sama ada di Malaysia mahupun di Mesir yang bermurah hati untuk memberikan sumbangan kepada saudara Mohd Razi bin Musa, boleh terus berhubung dengan PMRAM ataupun terus kepada saudara:

Nama: Mohd Razi bin Musa
Tel: +20106592769 @ +20166764502

atau terus menyumbang ke akaun HSBC milik saudara Mohd Razi bin Musa NO AKAUN: 032 036 832 011.