Jumaat, 30 Januari 2015

BKPJM & PMRAM TERUS CAKNA KEBAJIKAN AHLI

Ziarah Barisan Pimpinan BKPJM Ke rumah Muhammad Yahya bn Samsul
Kaherah,30 Januari 2015 - Mutakhir ini, seringkali kedengaran musibah yang menimpa pelajar-pelajar Malaysia di Mesir terutamanya anak-anak Johor. Sebanyak 2 kes pecah rumah yang menimpa anak-anak Johor iaitu Rumah Muhammad Yahya bin Samsul dan Asrama Pelajar Johor Rabaah.Oleh yang demikian, BKPJM dan PMRAM terus dengan agenda kebajikan dalam membantu meringankan bebanan mereka.

Beberapa usaha telah dilaksanakan oleh Unit Kebajikan dan Kemanusiaan 14/15 antaranya Solat Hajat untuk keselamatan pelajar Malaysia di Mesir, Kutipan Derma Kilat di bawah Tabung Prihatin,taklimat Keselamatan. Disamping itu, Unit Kebajikan dan Kemanusiaan bekerjasama dengan Badan Anak Negeri Perlis dan Perak yang merupakan Taakhi Angkat BKPJM bersama dalam membantu melaksanakan kutipan sumbangan bagi meringankan bebanan mereka.

Jumlah sumbangan yang diperolehi bagi kes pecah rumah Muhammad Yahya bin Samsul adalah sebanyak LE451.75 manakala kes pecah rumah Asrama Pelajar Johor Rabaah adalah sebanyak LE 5544.Ini seterusnya membuktikan  BKPJM terus komited dengan kebajikan ahli sepertimana didalam pembawaan BKPJM pada sesi ini iaitu "KEBAJIKAN UNTUK SEMUA".

Ziarah Badan Pengurus Angkat PMRAM  Cawangan Johor dan Serahan Sumbangan 
serahan sumbangan yang disampaikan oleh Yang Dipertua BKPJM 14/15

serahan sumbangan yang disampaikan oleh Yang Dipertua BKPJM 14/15

serahan sumbangan yang disampaikan oleh Yang Dipertua BKPJM 14/15

serahan sumbangan yang disampaikan oleh Yang Dipertua BKPJM 14/15


Khamis, 29 Januari 2015

DAURAH KITAB AHKAM HADITHI AL-AHDI BIL ISLAM : Menambah thaqafah dalam kalangan mahasiswa/i ketika musim cuti semester

KAHERAH, 26-27 JAN 2015 - Unit Pengetahuan dan Bimbingan, Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir telah mengadakan Daurah Kitab “Ahkam Hadithi Al-Ahdi Bil Islam”yang disampaikan oleh Saudara Mohd Syafiq bin Sahimi. Daurah yang berlangsung sekitar jam 4 petang dimulai dengan penerangan ringkas berkenaan panduan membeli kitab-kitab bersempena pesta buku antarabangsa yang sedang berlangsung baru-baru ini. Program yang berlangsung selama 2 hari telah dihadiri sekitar 60 orang mahasiswa dan mahasiswi Johor dan BKAN lain .

      Menyedari pelbagai cabaran dizaman kini, justeru BKPJM berusaha membekalkan ahli dalam menjawab persoalan dan permasalahan melalui daurah yang dijalankan bertepatan dengan tema BKJM “Thaqafah Cemerlang, Kesatuan Gemilang” yang menjelaskan berkenaan hukum-hukum yang berkaitan saudara baru yang memeluk agama islam. Bahkan intipati kitab yang sedikit sebanyak mennghuraikan keringanan dan kemudahan bagi saudara baru dan menggambarkan bahawasanya Islam bersifat universal dan menyeluruh. Malah, turut memahami setiap keadaan dan tahap penganutnya terutama yang baru sahaja melafazkan syahadah. Maka dalam mengupas intipati kiab, sedikit seebanyak memberi kesedaran kepada kita bahawa islam sentiasa bersesuaian pada seluruh umat manusia dan zaman sebagai satu cara hidup.


    Oleh hal yang demikian,besarlah harapan BKPJM agar mahasiswa dan mahasiswi dapat mengambil peluang dalam setiap lapangan yang telah disediakan. Bahkan, menangani permasalahan masyarakat Malaysia yang semakin meruncing dalam memerlukan ilmu terutamanya bagi kita yang punya amanah selaku penuntut ilmu dalam membasmi kejahilan yang membarah dikalangan kita zaman kini.