Kaherah,15 Oktober 2010 – Muzakarah berkelompok adalah merupakan satu cabang penting untuk mahasiswa dan mahasiswi menimba ilmu pengetahuan. Dengan sentiasa mengadakan perbincangan secara berkumpulan, ahli muzakarah berkelompok mampu menghayati dan membentuk rasa kebersamaan seiring dengan slogan yang dilaungkan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) iaitu Satu Fikrah Satu Amal.
Majlis pelancaran muzakarah berkelompok yang diadakan serentak dengan muzakarah kelompok gabungan telah dirasmikan oleh Ustaz Mohd Adlan bin Mokhtarudin, Naib Presiden 1 PMRAM. Beliau juga merupakan Badan Pengurus angkat bagi PMRAM cawangan Johor . Majlis tersebut telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Asrama Pelajar Johor Rabaah.
Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa sebagai seorang mahasiswa islam tidak sepatutnya meninggalkan muzakarah berkelompok kecuali telah sampai ajal seseorang itu. Ini menunjukkan betapa beliau sangat menitikberat tentang kepentingan muzakarah berkelompok dalam proses membina fikrah mahasiswa islam.
Disamping itu, terdapat pembentangan kertas kerja berkenaan pentingnya masa dalam kehidupan mahasiswa islam yang telah dibentangkan oleh Ustaz Ahmad Daniel Mohamad hasan selaku Ketua Unit Dakwah Dan tarbiyah BKPJM.
Sebelum berakhirnya majlis, pembahagian kumpulan dan taakhi telah disempurnakan oleh Ustaz Yahya bin Samsul, pemangku Ketua Jabatan Fasilitator BKPJM 10/11. - aljauhar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan