Kaherah, 17 Julai 2012 - Lajnah Kebudayaan, Kesenian dan Sukan BKPJM telah menganjurkan satu kejohanan Futsal Piala Exco BKPJM yang bertempat di Nadi Tala’ek al-Riyadi pada 17 Julai 2012. Kejohanan yang bermula sekitar jam 5 petang ini telah dirasmikan oleh Presiden PMRAM, Ustaz Abdul Aziz bin Ali.
Antara objektif penganjuran kejohanan pada kali ini ialah merapatkan lagi ukhuwah sesama ahli BKPJM disamping dapat mengisi masa lapang ahli dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Kejohanan yang bertemakan “BERSUKAN MENGERAT KESATUAN” ini telah berjaya menyatukan anak-anak johor dibawah wadah kesatuan Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir.
Kejohanan kali ini telah disertai oleh 10 buah pasukan dengan 1 pasukan jemputan khas dari pasukan BP FC yang dianggotai oleh Badan Pengurus PMRAM. Pasukan LEBAH FC telah berjaya menjuarai kejohanan pada kali ini dengan menewaskan pasukan ACANERTU pada perlawanan akhir melalui sepakan penalti.
Sekalung tahniah juga diucapkan kepada pemain terbaik kejohanan, Muhammad Naqib Bin Md Noor dari pasukan LEBAH FC dan juga kepada penjaring terbanyak kejohanan Mohd Naqiuddin dari pasukan ACANERTU. Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua BKPJM, Ustaz Kamal Ariff bin Mohd Bakri.
”Kejohanan pada kali ini merupakan sebagai salah satu tanda sokongan ahli terhadap BKPJM yang merupakan satu-satunya wadah kesatuan yang mampu menyatukan anak-anak johor di bumi Mesir ini. Ini menunjukkan BKPJM juga meraikan minat ahli yang pelbagai, tidak hanya tertumpu kepada program-program kerohanian sahaja bahkan program-program berbentuk fizikal juga kita anjurkan bagi meraikan ahli-ahli yang mempunyai minat yang pelbagai.” Ujar Norsalam Bin Abu Bakar selaku Pengarah Piala Piala Exco BKPJM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan