KAHERAH,12 JULAI-Jenazah Abdul Khafiz Bin Mohamed Norok telah selamat dikebumikan di Hayyu Asyir Kaherah pada jam 5.00 petang.Allahyarham merupakan mahasiswa tahun 3 Qiraat Shoubra dan juga merupakan mandub bagi pelajar Johor di Shoubra.
Tragedi kemalangan berlaku pada jam 1.00 pagi pada 11 Julai ketikamana Allahyarham bersama seorang sahabatnya pulang dari rumah kawan dari Abud menuju ke Shoubra.Dalam perjalanan menaiki tramco beliau telah diacukan pisau oleh seorang warga arab Mesir.Beliau telah bergelut untuk melepaskan diri dan nekad untuk terjun menyelamatkan diri .
Allahyarham telah mengalami kecederaan di kepala yang mengakibatkan koma.Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir pada 12 Julai.
Jenazah Allahyarham selesai dimandi dan dikafankan pada jam 3.30 petang dan seterusnya di bawa ke Dataran Hayyu Asyir bagi menyempurnakan solat jenazah.
BKPJM mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham dan semoga Allahyarham tergolong dalam kalangan penghuni syurga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan