KAHERAH, 15
OKTOBER : Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) BKPJM 11/12 telah
berjaya melaksanakan program Ikhtitam HEWI di Musolla Wisma Kelantan Hayyu Sabiek.
Antara pengisian menarik yang telah diadakan adalah talkshow tarbiatul
aulad, ‘’Dari Hati ke Hati’’ (slot muhasabah dan cadangan ahli kepada
pimpinan), ‘’SAHARA’’ (sambutan hari lahir) serta tayangan video mengenai
isu-isu semasa di negara-negara Islam.
Program
ini mendapat sambutan yang amat baik dari ahli dan disertai oleh 50 orang
akhawat yang terdiri daripada pelajar-pelajar pengajian Islam dan sains
kesihatan. Para mutazawwijin juga tidak ketinggalan menyertai program ini
sehingga ke akhirnya. Di samping pelajar-pelajar Kaherah, ahli-ahli dari
Iskandariah, Zaqaziq dan Mansurah juga turut hadir. Kehadiran 15 orang ikhwah
memeriahkan lagi talkshow tarbiatul aulad yang disampaikan oleh 3 orang
panel terkemuka di bumi Mesir iaitu
Ustaz Zamzami Bin Che Daud, Ustazah Ummi Kalsom Bt Uyod dan Ustazah Dayang
Noraini Bt Awang Damit Yahya.
Melalui
slot ‘’Dari Hati ke Hati’’, ahli-ahli telah mengutarakan pelbagai cadangan dan
muhasabah yang membina terhadap gerak
kerja pimpinan HEWI BKPJM sesi 2011/2012.
Program
diteruskan lagi dengan sambutan hari ulang tahun ahli-ahli akhawat yang lahir
pada bulan Mac hingga bulan Ogos (SAHARA). Sesi memotong kek dan mengambil
gambar juga disambut meriah. Majlis diakhiri dengan bacaan doa wehdah
beramai-ramai dan sedikit jamuan.
“Dengan
terlaksananya program Ikhtitam ini dapat mencapai objektif utamanya iaitu
mempertingkatkan mutu kerja pimpinan HEWI secara khususnya dan menentukan hala tuju
BKPJM pada masa hadapan sekaligus menjayakan usul HEWI PMRAM memperanankan
mahasiswi berkredibiliti” ujar pengarah program Saudari Amira Afina Bt Jamaludin.
Kami
berharap agar aktiviti-aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi bagi
memastikan perpaduan dan kebajikan ahli-ahli BKPJM terus dipelihara.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan