Rabaah
el-Adawiyah, 2 Okt 2012 – Tanggal 30 September, penghuni Asrama Pelajar Johor telah digemparkan dengan notis pemberitahuan daripada pihak pengurusan Rumah Johor di mana sebahagian
pelajar yang tinggal di Asrama Pelajar Johor Rabaah diarahkan untuk
mengosongkan bilik masing-masing.
Notis
tersebut mengejutkan para penghuni kerana mereka diarahkan untuk berpindah
dalam jangka masa yang amat singkat. Notis ditampal oleh pihak pengurusan Rumah
Johor pada petang 30 September disusuli arahan keluar dari asrama pada 1
Oktober tanpa menyediakan kediaman sementara kepada pelajar-pelajar.
Rentetan
masalah yang berlaku, Yang DiPertua BKPJM, saudara Muhammad Yazid Bin Hanzir telah
menghubungi Pengurus Rumah Johor, Haji Maulan bin Asmoni demi mendapatkan
penjelasan dan meminta beliau melanjutkan tempoh bagi para penghuni yang
berkenaan. Walaubagaimanapun usaha tersebut tidak mendapat kerjasama yang baik
daripada pihak berwajib.
BKPJM
mengharapkan agar pihak pengurusan Rumah Johor dapat bertindak dalam menangani
masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar tersebut serta dapat menemukan
solusi secepat mungkin.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan