RABAAH,
19 April 2015 - Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir (BKPJM)
2014/2015 telah mengadakan satu program thaqafah anjuran Unit Bait Muslim BKPJM
dengan kerjasama Unit Pengetahuan dan Bimbingan BKPJM berkaitan dengan teknik
mengajar dan hafazan Al Quran menngunakan cara hijaziyyah yang telah
berlangsung di Asrama Pelajar Johor Rabaah.
Antara
objektif program ini dilaksanakan adalah untuk mengajar teknik menghafal Al
Quran dan mengulang hafalan, meningkatkan thaqafah ahli BKPJM dalam membuat
amal ibadah kepada Allah, mengetahui kaedah menghafal nombor dan muka surat
dalam Al Quran, membentuk persediaan ahli dalam menghadapi imtihan seterusnya
mengeratkan lagi silaturrahim
antara ahli Johor dan negeri lain.
Program
ini telah disertai oleh pasangan mutazawwijin Johor dan juga dihadiri
oleh beberapa pasanga mutazawwijin negeri lain iaitu negeri Kedah.
Selain itu, beberapa orang ahli turut menghadirkan diri untuk sama mendapatkan
manfaat dari program ini.
Program
bermula selepas solat zuhur yang telah di pengerusikan oleh anak Johor sendiri
iaitu Saudara Muhammad Syafiq bin Sahimi, mahasiswa Ijazah Sarjana
Universiti American Maftuh
seterusnya disambung oleh Ustaz Muhammad Jabir Dalul, beliau membacakan daripada ayat-ayat suci Al Quran dan sedikit tazkirah
kepada hadirin yang hadir.
Selesai bacaan Al Quran program di
teruskan dengan pengisian utama yang telah di sampaikan oleh pengisi jemputan
iaitu Sheikh Abdullah bin Hijazi berkaitan teknik mengajar dan hafazan Al Quran
tarekat hijaziah.
Sebelum
program berakhir, pihak penganjur telah memberikan sedikit cendermata
kenang-kenangan kepada pengisi jemputan yang telah di sampaikan oleh Pengarah
Unit Bait Muslim BKPJM, saudara Muhammad Faiz bin Khalid. Sebelum pulang,
pengisi disajikan dengan sedikit jamuan oleh pihak penganjur dan program
berakhir selepas asar pada jam 5 petang dengan bacaan kafaratul majlis dan
Surah Al-Asr.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan