KAHERAH, 3 April 2015 – Badan Kebajikan Pelajar- Pelajar
Johor di Mesir (BKPJM) 2014/2015 di bawah Unit Dakwah dan Tarbiah telah
mengadakan Ribat Tarbawi yang bertempat di Dewan Kutub Sittah, Asrama Pelajar Johor Rabaah.
Program bulanan ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah di kalangan
mahasiswa di samping menambah pengetahuan ahli.
Program
dimulakan pada jam 4.30 pagi dengan Qiamullail secara berjemaah yang diketuai
oleh Ketua Unit Dakwah dan Tarbiah BKPJM, Saudara Muhammad Syaza bin Jamal
kemudian diteruskan lagi dengan solat subuh secara berjemaah.
Selepas
itu, program disambung dengan tazkirah subuh yang disampaikan oleh tetamu
jemputan iaitu Penasihat BKPJM, Saudara
Mohd Arif bin Hamzah . Tazkirah tersebut
bertajuk “Ibadah yang Sohih”. Antara intipati tazkirah tersebut adalah sesuatu
ibadah haruslah memenuhi dua rukun iaitu Niat yang Ikhlas dan Al
Ittiba’(mengikut Sunnah). Peliharalah hubungan dengan Allah dan manusia. Moga
ibadah yang betul mendatangkan jiwa kehambaan.
Program ini diakhiri dengan
penyampaian cenderahati dari pihak BKPJM kepada pengisi dan bacaan Surah Al-Asr
dan tasbih kifarah. Semoga program seperti ini dapat mengisi rohani ahli
seterusnya moga usaha ini sebagai wasilah untuk memberikan kefahaman yang jelas
tentang agama islam. Diharap seluruh mahasiswa dapat mengambil manfaat daripada
pengisian ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan