KAHERAH, 19 Julai 2015 – Badan Kebajikan Pelajar-
Pelajar Johor saban tahun menganjurkan program Sambutan Hari Raya Aidilfitri
dan pada tahun ini ia telah diberi nama Selaut Kasih di Aidilfitri (SELOKA ’15)
yang berkonsepkan nostalgia Aidilfitri dibawah tema ‘Seindah Syawal SEMANIS
ukhwah’. Perasmian program ini bertempat
di Dewan Kutub Sittah, Asrama Pelajar
Johor Rabaah. Objektif yang ingin dicapai daripada program ini ialah membuka
peluang untuk mengumpulkan semua anak-anak Johor di seluruh perlembahan Nil dan
menggembalikan nostalgia perayaan Aidilfitri di Mesir disamping menghayati hari
kebesaran Islam sekaligus mengambil ibrah daripadanya.
Program
ini dimulakan dengan majlis perasmian SELOKA ’15 dengan bacaan ayat suci Al
Quran, dan dimulakan dengan ucapan pengarah seloka ’15, Saudara Mohd Azrul bin
Raf’an, Yang di-Pertua BKPJM, Saudara Usama
bin Aris dan ucapan Pegawai Atase Pendidikan Johor di Mesir, Ustaz
Khairi bin Jalalluddin sekaligus merasmikan program SELOKA ‘15.
Agenda
majlis diteruskan dengan slot santai yang telah dikendalikan oleh Suadara
Syafiq bin Azlan dan Saudara Mohd Syaza bin Jamal. Antara slot yang menarik
adalah persembahan nasyid khas oleh anak-anak Johor, cabutan bertuah dari Ahli
Jawatankuasa Tadbir dan AJKT Hal Ehwal Wanita Islam BKPJM, slot kotak beracun,
penyampaian hadiah bagi pertandingan sepanjang hari raya iaitu baju nostalgia,
pertandingan kad raya dan anyaman ketupan, penyampaian hadiah pertandingan
Qasrul Ahlam dan tayangan telemovie khas. Turut hadir bersama-sama dalam program Yang DiPertua dari seluruh Badan Kebajikan Anak Negeri serta Ketua-ketua Hewi dan beberapa orang ahli.
Program diakhiri dengan bacaan surah Al-Asr dan tasbih kifarah serta jamuan istimewa Hari Raya Aidilfitri.
Akhir
sekali, harapan seluruh badan pelaksana program SELOKA ‘15 agar Syawal pada kali ini lebih bermakna kepada anak-anak
Johor yang menyambut Hari Raya di perantauan disamping menaut kembali ikatan
mahabbah sesame adik beradik BKPJM sekaligus memperteguh kesatuan yng telah
lama terbina atas dasar Al-Quran dan Sunnah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan