Isnin, 11 Februari 2013

PROGRAM "SEBERAPA BOLEH!!" BERAKHIR DENGAN JAYANYA



KAHERAH, 9 FEB 2013- Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) BKPJM telah mengadakan Program Sejenak Bersama Pimpinan, Boleh! (SEBERAPA, BOLEH!). Program ini telah diadakan di Hadiqah Al- Azhar yang telah  melibatkan barisan pimpinan akhawat bagi taakhi zon C iaitu Badan Kebajikan Pelajar Johor, Keluarga Pelajar Perlis Mesir (KPP), Keluarga Pelajar- Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM), Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig dan mandubah-mandubah Johor.
          
           Antara objektif program ini diadakan adalah untuk membuka ruang kepada pimpinan BKAN taakhi zon C untuk merehatkan minda selepas fatrah imtihan fasa awal. Selain itu, merealisasikan usul HEWI PMRAM iaitu 'Memperanankan Mahasiswi Berkredibiliti'. Tambahan pula, merapatkan ukhwah sesama pimpinan taakhi zon C seterusnya merealisasikan usul 'KITA PMRAM'.

Program ini bermula pada pukul 10.30 pagi dengan bacaan al-quran, ucapan Ustazah Aisyah binti Sakiron selaku pengarah program dan ucapan wakil  setiap Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dan Dewan Perwakilah Muhafazah (DPM) taakhi zon C. Program diteruskan dengan acara sukaneka dan amanat dari HEWI PMRAM selaku HEWI angkat bagi BKAN Johor iaitu Ustazah Hashima binti Majid dan Ustazah Siti Nurbalqis binti Burhanuddin.

           “As-Syahid Imam Hasan al-Bana ada menyebutkan mengenai kepentingan ukhuwah walaupun ia diletakkan pada rukun baiah yang kesembilan. Semoga ukhuwag kita ini bukan sahaja diribat dan diikat di dalam program sahaja, malah ia berterusan dan lebih intim di luar program,” kata Ustazah Hashima binti Majid.

Seterusnya solat zohor berjemaah dan makan tengah hari. Slot terakhir ialah perkongsian masalah setiap BKAN dan DPM. Program diakhiri dengan doa rabitah dan seterusnya sedikit kalam dari pengarah program sekaligus menutup Program SEBERAPA, BOLEH! dengan bacaan tasbih kafarah  dan bacaan surah al- Asr.
      

               Secara keseluruhannya, program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya bersama komitmen yang sangat baik dari barisan pimpinan BKAN dan DPM  taakhi zon C dan mandubah Johor terutama pelaksana yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program ini. HEWI BKPJM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan program ini. Semoga usaha ini dipandang oleh Allah s.w.t  dan ukhwah ini diribat dengan ikatan mahabbah kerana Allah dan tetap terpahat dalam memori setiap pimpinan bertepatan dengan tema HEWI BKPJM, "Menyemat Izzah Meribat Ukhuwah".



     
        

Isnin, 21 Januari 2013

PERMATA HEWI


KAHERAH, 20 JAN 2013- Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) BKPJM telah mengadakan Program Erat Muslimah ( PERMATA) . Program PERMATA kali ini diteruskan lagi selepas musim peperiksaan di teratak Ustaz Rozlan dan Ustazah Azamimi sekeluarga. Program ini tidak lain tidak bukan bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama saudara Islam baik pelajar baru mahupun  pelajar lama.

Majlis bermula pada pukul 2.00 petang dan dimulakan dengan bacaan qasidah. Bacaan qasidah diselang-selikan dengan kisah-kisah menarik berkaitan sirah nabawiyah yang disampaikan oleh Ustaz Rozlan. Diserikan lagi, dengan perkongsian yang menarik berkaitan sejarah burdah dan kelebihan bulan Rabiul Awwal sempena bulan kelahiran kekasih Allah Muhammad SAW.

“ Terima kasih diatas kesudian kalian mengunjungi kami.  Kami berbesar hati menerima lagi kunjungan daripada sesiapa. Doakan agar rezeki ke atas keluarga ini melimpah ruah”, kata Ustaz Rozlan di dalam ucapannya sebagai tuan rumah.

Kata Ketua HEWI BKPJM, Ustazah Amira Afina binti Jamaludin, “ terima kasih diucapkan kepada tuan rumah sekeluarga kerana sudi menerima kunjunagn kami. Tidak dilupakan kepada adik-beradik semua yang sudi meluangkan masa bagi sama-sama menjayakan PERMATA ini. Semoga hubungan antara kita dieratkan lagi dengan sifat mawaddah dan rahmah dari Allah Taala.”

Majlis diakhiri dengan bacaan doa dari tuan rumah dan jamuan serta solat Asar berjemaah. PERMATA ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran yang ramai dan komitmen yang baik daripada adik-beradik HEWI BKPJM.

Pihak BKPJM mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan PERMATA kali ini. Semoga kunjung-mengunjung seperti ini tidaklah bergantung pada program semata, kerana ia merupakan kewajipan setiap muslim kepada saudaranya yang lain.