Khamis, 20 Mac 2014

DARI BKPJM UNTUK BKPJM (DBUB '14)



       RABAAH EL-ADAWIYAH, 18 MAC 2014 – Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir (BKPJM) telah menganjurkan program Dari BKPJM Untuk BKPJM (DBUB) di Asrama Pelajar Johor Rabaah.Objektif utama program ini bertujuan  memberi peluang kepada adik-beradik BKPJM memberikan pandangan dan idea serta menanamkan sikap tanggungjawab ahli terhadap BKPJM, sekaligus menjiwai BKPJM sebagai persatuan induk bagi anak-anak Johor di Mesir.

       Program ini bermula dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis dan ucapan Pengarah DBUB, Ustaz Usamah Bin Aris  dan disusuli dengan pengenalan Ahli Jawatan Kuasa Tadbir (AJKT) dan Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) BKPJM sesi 2013/2014.Slot seterusnya adalah ucaptama daripada Yang Di Pertua BKPJM, Ustaz Mohd Helmi Bin Norhisham bertemakan “Thaqafah Cemerlang, Kesatuan Gemilang” dan ucaptama daripada Ketua Hewi, Ustazah Nurhaslinda Binti Gazali yang membawa tema Hewi “ Memposisi Mahasiswi Berintegriti, Membentuk Generasi Bersinergi”.

       Selesai ucaptama dari Yang Dipertua dan Ketua Hewi BKPJM 13/14,majlis diserikan lagi dengan slot “Ice Breaking” yang pertama kali dalam ucaptama kepimpinan dan memberi sedikit kelainan pada tahun ini. Slot ini merupakan GKB untuk ahli membincangkan tema pembawaan BKPJM dan HEWI sesi 13/14.Bagi memeriahkan lagi program,slot ini diteruskan dengan nyanyian nasyid dari kumpulan Al-Jauhar dan di akhiri dengan bacaan doa rabitah.

Semoga dengan berlangsungnya program DBUB kali ini,seluruh ahli BKPJM dapat meneruskan survival BKPJM dengan lebih baik dan merealisasikan tema sesi kali ini serta mengharapkan ahli dapat menjiwai dan memupuk rasa cinta akan BKPJM di bawah slogan “BKPJM KELUARGA KITA”.

“Thaqafah Cemerlang, Kesatuan Gemilang”
"Memposisi Mahasiswi Berintegriti, Membentuk Generasi Bersinergi”

 










Sabtu, 15 Mac 2014

Ribat Tarbawi Menyucikan Hati



Kaherah,14 Mac 2014 –Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir13/14 melalui Unit Dakwah dan Tarbiah telah melaksanakan Ribat Tarbawi Perdana di Asrama Pelajar Johor Rabaah. Antara objektif utama Ribat Tarbawi Perdana ialah untuk meribat hati ahli BKPJM menerusi qiamullail yang dilaksanakan.Bahkan ribat ini juga bertujuan menambah thaqafah ahli melalui tazkirah yang telah disusun .
Program bermula seawal jam 4.00 pagi dimulai dengan alunan zikir dan diikuti dengan solat-solat sunat dan solat subuh secara berjemaah.Program diteruskan dengan tayangan video dan tazkirah subuh bertajuk “Kejatuhan Khilafah Islamiah” yang disampaikan oleh Ustaz Muqri Bin Ibrahim. Seterusnya program diakhiri dengan tayangan video berkaitan Sejarah Sultan Muhammad Al-Fateh dan diserikan lagi dengan bacaan doa rabitah dari Ustaz Ainudddin Bin Abu Jamil. Program diakhiri dengan sarapan dan bersurai.