Jumaat, 4 April 2014

KUNJUNGAN HORMAT AHLI JAWATANKUASA TADBIR BKPJM 13/14 KE PEJABAT PMRAM




KAHERAH,2 APRIL 2014-  Ahli Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor Di Mesir (BKPJM) sesi 2013/2014, telah mengadakan majlis kunjungan hormat ke pejabat Persekutuan Melayu Republik arab Mesir (PMRAM) yang diketuai oleh Yang DiPertua BKPJM 13/14, Ustaz Mohd Helmi Bin Nor Isham. Kunjungan diadakan seusai solat asar. Dalam kunjungan tersebut turut dihadiri oleh Presiden PMRAM dan beberapa Badan Pengurus PMRAM selaku tuan rumah.

Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pimpinan BKPJM dengan pimpinan PMRAM. Selain itu, dapat bersuai kenal dengan sesi kepimpinan baru PMRAM. Disamping itu juga, dapat menjayakan usul yang telah disepakati dalam mesyuarat agung tahunan BKPJM kali ke 31 iaitu “MEMPERTAHANKAN KEBERSAMAAN BKPJM DENGAN PMRAM MELALUI TINDAKAN MENDOKONG PMRAM SEBAGAI WADAH KESATUAN MAHASISWA”.

                Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh pengerusi majlis disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh  Yang DiPertua BKPJM 13/14. Majlis diserikan lagi  dengan ucapan daripada Presiden PMRAM 2014 Ustaz HanifulFuad Bin Hussin. Turut diadakan sesi dialog antara pimpinan PMRAM dan BKPJM.

Ucapan penghargaan dan terima kasih oleh Yang DiPertua BKPJM mewakili seluruh kepimpinan BKPJM 13/14 buat PMRAM diatas kesudian menerima kunjungan hormat ini. Dalam ucapan Presiden PMRAM beliau telah menekan beberapa perkara antaranya mengharapkan kepimpinan BKAN  khususnya BKPJM agar menjiwai PMRAM dalam setiap tindak tanduk kerja yang dilakukan. Selain itu, menjadi duta PMRAM diperingkat BKAN.

Sebelum mengakhiri majlis, bacaan doa rabitah telah diperdengarkan oleh Ustaz Muhammad Ariff Bin Haron agar majlis ini bertambah berkat sekaligus mengeratkan silaturrahim sesama pimpinan BKAN dan PMRAM. Majlis  diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan.


"Thaqafah Cemerlang Kesatuan Gemilang"
"Memposisi Mahasiswi berintegriti, Membentuk Generasi bersinergi"


S.M.S | Senat Fakulti, Malam Qiamullail, Senam J-Robik



APJ RABAAH , 25 MAC 2014 – Ketua Unit Pengetahuan dan Bimbingan Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) dengan kerjasama Ketua Unit Dakwah dan Tarbiah HEWI dan Ketua Unit Perumahan (LKKS) HEWI Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir (BKPJM) sesi  2013/14 telah menganjurkan program Senat Fakulti, Malam Qiamullail, dan Senam J-Robik (SMS).

            Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan ahli sekaligus menjayakan usul Mesyuarat Agung Tahunan BKPJM kali ke 31 iaitu “Mengukuhkan Thaqafah Ahli “. Tambahan pula  secara tidak langsung dapat menghidupkan biah solehah melalui qiammullail dan penyampaian tazkirah oleh pimpinan hewi . Bahkan  dapat mentautkan ukhwah antara ahli keluarga HEWI BKPJM .

                 Program dimulakan dengan alunan qasidah dan bacaan al quran pada jam 8.30 malam Seramai 3 orang ahli panel dan seorang moderator dijemput untuk memberi pengisian iaitu Ustazah Amira Afina binti Jamaluddin selaku wakil dari fakulti Syariah Islamiyyah , Ustazah Nur Haslinda binti Ghazali selaku  wakil dari fakulti usuluddin, dan Ustazah Siti Nabilah binti Atan selaku wakil dari fakulti Bahasa Arab . Antara pengisian menarik di dalam majlis adalah penerangan tentang pengkuliahan dan sesi diskusi ahli mengikut pengkhususan kuliah masing-masing. Bagi memeriahkan lagi acara pada malam itu, video berbentuk tazkirah ditayangkan pada akhir slot Senat Fakulti.
Program diteruskan lagi dengan Qiamullail pada keesokan harinya iaitu pada 26 Mac 2014 bermula pada jam 3.30 pagi dengan solat-solat sunat dan tazkirah pagi yang disampaikan oleh Ustazah Hanisah binti Abdul Rani.

                 Program disambung dengan slot Senam J-Robik dimulakan pada jam 7 pagi. Slot ini dikelola oleh Ustazah KhairulIzzah yang dijemput khas dari BKAN Selangor. Sambutan yang diterima agak memberangsangkan,bahkan sekaligus memberi kesedaran kepada ahli tentang kepentingan bersukan untuk kesihatan di masa hadapan. Justeru ,program ini secara tidak langsung dapat memberikan impak yang positif dalam menjayakan misi HEWI BKPJM pada sesi ini ‘Memposisi Mahasisiwi Berintegriti ,Membentuk Generasi Bersinergi’ .