Sabtu, 7 Jun 2014

PIMPINAN BKPJM MENZIARAHI ANAK JOHOR YANG TERLIBAT DENGAN KEMALANGAN DI ISKANDARIAH








ISKANDARIAH, 4 JUN 2014 – Seluruh warga Malaysia di Mesir digemparkan dengan berita kemalangan yang menimpa enam orang mahasiswi dari Fakulti Pergigian Universiti Iskandariah pada 3 Jun 2014. Kejadian berlaku sewaktu mereka dalam perjalanan menuju ke lapangan terbang untuk pulang ke Malaysia. Menurut maklumat, van yang dinaiki hilang kawalan apabila kenderaan mereka dihimpit oleh sebuah lori lalu melanggar pembahagi jalan. Dua daripada mereka berasal dari Johor iaitu Fatin Inani Bt Mohd Noh dan Siti Shahirah Bt Abdul Jalil merupakan mahasiswi  Tahun Tiga Fakulti Pergigian.

Fatin Inani Binti Mohd Noh, kini berada di Hospital Nur Islam Camp Caesar dan telah selesai menjalani pembedahan plastik dibahagian muka dan rahangHHH. Menurut kenalannya, beliau  akan dibenarkan pulang  setelah keadaaannya kembali stabil. Manakala Siti Shahirah Binti Abdul Jalil pula, ketika dilawat beliau sedang menerima rawatan (lung drainage) akibat udara yang terperangkap diantara paru-paru dan dadanya di Hospital Al-Miri dan kini dalam keadaan stabil. Beliau ditempatkan di Unit Rawata­­­­n Rapi (ICU) di hospital berkenaan dan sedang menunggu waktu untuk menjalani pembedahan.

Badan Kebajikan Pelajar Johor di Mesir (BKPJM) diwakili oleh Yang di- Pertua BKPJM 13/14, Ustaz Mohd Helmi Bin Nor Isham bersama Ketua Hewi BKPJM 13/14, Ustazah Nurhaslinda Bte Gazali serta beberapa orang AJKT dan HEWI BKPJM 13/14 menziarahi mahasiswi Fakulti Pergigian yang terlibat dengan kemalangan tersebut di Hospital yang ditempatkan. Turut hadir bersama, Penasihat BKPJM 13/14, Ustaz Syed Miftahul Ulum Bin Syed Mustaffa Kamal , serta mandub BKPJM di Iskandariah Dr.Mohd Alham Bin Abdul Rahim.

Pihak BKPJM telah menyalurkan sedikit bantuan kepada mangsa kemalangan tersebut. BKPJM mengucapkan takziah kepada pelajar perubatan yang ditimpa kemalangan tersebut dan mendoakan agar dikurniakan kesihatan dan diberi ketabahan untuk menghadapi ujian ini.


"THAQAFAH CEMERLANG KESATUAN GEMILANG"
"MEMPOSISI MAHASISWI BERINTERGRITI , MEMBENTUK GENERASI BERSINERGI"






Sabtu, 26 April 2014

MAJLIS TAUSIYYAH BERSAMA SYEIKH RIF'AT FAUZI

RABAAH EL-ADAWIYAH - 24 APRIL 2014 , Unit Pengetahuan dan Bimbingan (UPB) Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir (BKPJM) telah menganjurkan MajlisTausiyyah bersama Syeikh Rif'at Fauzi pada malam Jumaat yang lepas. Ianya adalah bersempena dengan musim peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi. Majlis telah diadakan di AsramaPelajar Johor Rabaah serta telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dikalangan ahli Johor sendiri dan juga ahli-ahli cawangan PMRAM yang lain.

            Majlis dimulakan dengan bacaan qasidah selepas Maghrib dan solat hajat secara berjemaah selepas solat Isyak. Solat hajat yang dilakukan adalah bersempena peperiksaan yang bakal dilalui oleh mahasiswa-mahasiswi Al-Azhar pada awal Mei ini.

            Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripadaTimbalan Yang Dipertua BKPJM, UstazUsamah bin Aris yang juga merupakan pemangku Yang DiPertua Ustaz Mohd Helmi bin Nor Isham. Seterusnya,majlis diteruskan lagi dengan kalam taujihat daripada syeikh Rif'at Fauzi. Antara intipati yang disampaikan beliau adalah berkenaan dengan sifat sabar dan taqwa.Beliau juga telah menyatakan bahawa sifat sabar terbahagi kepada dua iaitu sabar dengan ketaatan serta sabar dengan kemaksiatan. Pada akhir majlis tersebut,beberapa soalan telah diajukan kepada syeikh.

            Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh syeikh serta sesi bergambar bersama syeikh bagi ikhwah. Majlis berakhir sekitar jam 10.30 malam.

Semoga program ini dapat mengeratkan ukhwah sesama ahli BKPJM serta PMRAM cawangan yang lain seterusnya memberikan seribu satu keberkatan dalam kehidupan setiap dari tetamu yang hadir.

“MENGUKUHKAN THAQAFAH AHLI”
“THAQAFAH CEMERLANG KESATUAN GEMILANG”