Ahad, 23 Mac 2014

JAULAH KE FAYYOUM










RABAAH EL-ADAWEYA, 15 MAC 2014 – Ketua Unit Sambutan Dan Rehlah Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor Di Mesir 2013/2014  telah menganjurkan program “Jaulah Ke Kota Fayyoum”. Objektif utama program ini adalah selaras dengan usul Mesyuarat Agung Tahunan BKPJM kali ke-31 iaitu “Mengukuhkan Thaqafah Ahli”. Sekaligus perjalanan ini adalah untuk mengeratkan tali ukhuwah diantara ahli-ahli Johor sendiri.


            Setelah ahli berkumpul di perkarangan Asrama Rumah Johor Rabaah, perjalanan dimulakan pada pukul 7.30 pagi. Destinasi yang pertama dijejaki adalah di Wady Rayyan. Di sini terdapat tiga air terjun yang mana inilah satu-satunya air terjun semulajadi yang berada di Mesir. Selain itu para ahli rombongan tidak ketinggalan untuk melawati padang pasir kota Fayyoum yang mempunyai pasir yang sangat halus.

            Perjalanan diteruskan ke Istana Qorun. Terdapat beberapa peninggalan sejarah yang dapat dilihat di istana ini. Setelah itu, perjalanan lagi diteruskan ke Bahar Qorun yang terletak dua kilometer dari Istana Qorun.

            Setelah hampir tiga puluh minit di Bahar Qorun, perjalanan diteruskan ke Ain Sillien yang mana terkenal dengan tempat melihat air mata air.Di dalamnya juga terdapat kebun buahan-buahan yang menghasilkan jenis buah-buahan yang terbaik.

            Diakhir destinasi jaulah di Kota Fayyoum ini, para peserta rombongan melawati Kincir Air Nabi Yusuf yang terletak di Bandar Fayyoum.Setelah menikmati keindahan di situ, para peserta meneruskan perjalanan pulang ke Kaherah dan selamat  tiba pada jam 8.30 malam.
Semoga dengan jaulah yang dianjurkan ini dapat meningkatkan thaqafah dan pengetahuan tentang peninggalan para nabi juga dapat mengambil ibrah dan hibrah sepanjang jaulah ini. Bertepatan dengan ayat Allah di dalam surah AR-Rum:09.           “Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi dan memperhatikan bagaimana akibat orang-orang sebelum mereka yang telah mendustakan aku”.

“THAQAFAH CEMERLANG, KESATUAN GEMILANG”
"MEMPOSISI MAHASISWI BERINTEGRITI MEMBENTUK GENERASI BERSINERGI"




Khamis, 20 Mac 2014

DARI BKPJM UNTUK BKPJM (DBUB '14)



       RABAAH EL-ADAWIYAH, 18 MAC 2014 – Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir (BKPJM) telah menganjurkan program Dari BKPJM Untuk BKPJM (DBUB) di Asrama Pelajar Johor Rabaah.Objektif utama program ini bertujuan  memberi peluang kepada adik-beradik BKPJM memberikan pandangan dan idea serta menanamkan sikap tanggungjawab ahli terhadap BKPJM, sekaligus menjiwai BKPJM sebagai persatuan induk bagi anak-anak Johor di Mesir.

       Program ini bermula dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis dan ucapan Pengarah DBUB, Ustaz Usamah Bin Aris  dan disusuli dengan pengenalan Ahli Jawatan Kuasa Tadbir (AJKT) dan Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) BKPJM sesi 2013/2014.Slot seterusnya adalah ucaptama daripada Yang Di Pertua BKPJM, Ustaz Mohd Helmi Bin Norhisham bertemakan “Thaqafah Cemerlang, Kesatuan Gemilang” dan ucaptama daripada Ketua Hewi, Ustazah Nurhaslinda Binti Gazali yang membawa tema Hewi “ Memposisi Mahasiswi Berintegriti, Membentuk Generasi Bersinergi”.

       Selesai ucaptama dari Yang Dipertua dan Ketua Hewi BKPJM 13/14,majlis diserikan lagi dengan slot “Ice Breaking” yang pertama kali dalam ucaptama kepimpinan dan memberi sedikit kelainan pada tahun ini. Slot ini merupakan GKB untuk ahli membincangkan tema pembawaan BKPJM dan HEWI sesi 13/14.Bagi memeriahkan lagi program,slot ini diteruskan dengan nyanyian nasyid dari kumpulan Al-Jauhar dan di akhiri dengan bacaan doa rabitah.

Semoga dengan berlangsungnya program DBUB kali ini,seluruh ahli BKPJM dapat meneruskan survival BKPJM dengan lebih baik dan merealisasikan tema sesi kali ini serta mengharapkan ahli dapat menjiwai dan memupuk rasa cinta akan BKPJM di bawah slogan “BKPJM KELUARGA KITA”.

“Thaqafah Cemerlang, Kesatuan Gemilang”
"Memposisi Mahasiswi Berintegriti, Membentuk Generasi Bersinergi”